Sunday, June 14, 2015

INGAT MENGINGATI - Hanya Sejengkal Tanah

Assalamualaikum kepada sahabat semua..

"Barangsiapa mengambil sejengkal tanah secara zalim, maka pada hari kiamat ia akan dihimpit dengan tujuh lapis bumi."

                                                                         hadis riwayat Muslim

Melihat kepada senario masyarakat pada hari ini, secara tidak langsung (sama ada sedar atau tidak) kita melupai peringatan hadis - hadis sebegini. Melihat kepada perilaku kita, hal yang remeh temeh sebenarnya mengundang diri kita ke arah keburukan. Apa yang cuba dimaksudkan dalam hadis ini? mari kita teliti bersama - sama..

1. senario 1

Apabila kita membuka restoran, ia adalah merupakan satu kebaikan kerana berniaga amat digalakkan dalam Islam. Ia merupakan 9/10 daripada cabang punca rezeki kita. Semakin hari perniagaan semakin maju dan memerlukan ruang yang lebih besar untuk menampung kebanjiran pelanggan. Secara tidak sedar, kita menggunakan lot parking dan kaki lima untuk meletakkan meja tambahan sehingga menganggu ruang tempat letak kereta dan laluan pejalan kaki.. Nahh inilah yang dimaksudkan dengan hadis ini. kita mengambil hak orang awam untuk kepentingan diri sendiri.. Inilah yang masih kurang difahami oleh masyarakat kita sekarang ini. Ia nampak remeh, tetapi mencabuli hak orang lain adalah dilarang dalam Islam.

2. Senario 2

Ia sama seperti kedai - kedai yang meletakkan sebarang papan notis di kaki lima sehingga menganggu laluan pejalan kaki sehingga mereka terpaksa mengelak dan mencari laluan lain untuk melalui kawasan tersebut. Sedangkan laluan itu adalah hak orang awam. Maka apabila hak itu dicabuli, maka kita lupa pada peringatan hadis ini. Lihat saja lot - lot kedai di sekitar bandar, mesti kita akan jumpa papan tanda seperti promosi atau apa saja yang diletakkan di kaki lima dihadapan kedai dan mengganggu laluan pejalan kaki...  Bukankah hal ini remeh sahaja namun kita lupa... mengambil hak orang lain tanpa izin adalah dilarang sama sekali dalam Islam.


Justeru sahabat sekalian, 

"Barangsiapa mengambil sejengkal tanah secara zalim, maka pada hari kiamat ia akan dihimpit dengan tujuh lapis bumi."

                                                                         hadis riwayat Muslim

Semoga kita sentiasa dilindungi Allah SWT dan hiduplah berpegangkan Al-quran dan Sunnah, Insyaa Allah selamat di dunia dan akhirat. :)

Thursday, June 11, 2015

UPAH MEMBUAT ASSIGNMENT, THESIS DAN KAJIAN

As salam kepada semua..

lama dah x blogging.. di sini ingin saya maklumkan saya ada menyediakan perkhidmatan membuat assignment, thesis dan juga kajian. kadar caj adalah berdasarkan tahap soalan dan jumlah pages. saya dah berkecimpung dalam kerjaya part time ni lebih 5 tahun. dulu hanya sekadar suka2 tolong kawan yang sambung pengajian.. Alhamdulillah, feedback yang baik dapat dari kawan2, maka saya mengambil inisiatif untuk teruskan legasi ni.

sekiranya berminat, boleh email at zalangibrahim@yahoo.com or whatsapp/sms 0139612961 (saya prefer whatsapp/sms sbb email just buka to check only for submission of assignment). kadang2 tu seharian xsempat check email. so nak mudah n cepat, whatsapp/sms je.

harga memang berpatutan.. untuk qualiti kerja, saya xboleh beri jaminan dapat marks yang tinggi but I will do as good as I can. So, sekiranya sibuk dengan kerja dan tak sempat untuk siapkan assignment, kajian or thesis, please do no hesistate to whatsapp/sms/call me.

best of luck!
Cikgu Bed