1.0 Pengenalan
PETRONAS
adalah sebuah organisasi gergasi yang membantu menjana pendapatan negara serta
meningkatkan hasil ekonomi negara dalam bidang minyak dan gas. PETRONAS telah
ditubuhkan secara rasmi pada 17 Ogos 1974. PETRONAS telah ditubuhkan akibat
daripada krisis minyak yang berlaku di dunia pada tahun 1973. Tindakan negara-negara
Arab yang menjadi ahli OPEC mengenakan embargo enam bulan telah menimbulkan masalah
dalam imbangan penawaran atau permintaan minyak sehingga menjadikan harga
minyak naik empat kali ganda dari sebelumnya. Justeru, hal ini telah
menyedarkan kerajaan Malaysia betapa perlunya mengawal sebuah industri yang mempunyai
kepentingan ekonomi yang strategik kepada negara memandangkan pasaran minyak
merupakan sebuah pasaran yang mampu membantu menjana dan mengembangkan ekonomi
negara. Pada 1 Oktober 1974, dengan termaktubnya Akta Kemajuan Petroleum atau
dikenali Petroleum Developement Act (PDA), PETRONAS telah diberi hak, kuasa,
kebebasan dan keistimewaan di dalam mengendali dan memajukan sumber petroleum
di Malaysia. Individu yang bertanggungjawab mengasaskan PETRONAS ialah Tan Sri
Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu terpengaruh dengan kejayaan syarikat
minyak milik Indonesia iatu Partamina.
PETRONAS
adalah singkatan nama dari Petroliam Nasional Berhad dan merupakan syarikat
minyak dan gas milik Malaysia sepenuhnya. Logo asal PETRONAS juga adalah
bewarna biru gelap dan hijau yang kemudiannya ditukarkan kepada hijau dan
putih. Pada awal penubuhannya, PETRONAS hanya bertindak sebagai pemungut cukai
dan hal ini telah menyedarkan Presiden PETRONAS untuk mencari peluang agar
dapat menajdi pengeluar minyak dan gas sendiri dan tidak bergantung kepada syarikat
asing dan sekaligus menghalang sumber petroleum Malaysia daripada terus berada
ditangan orang asing dan menjadi senasib dengan industri getah dan bijih timah.
PETRONAS telah dipertanggungjawabkan untuk mengendali sumber – sumber minyak
dan gas di Malaysia serta membangun dan menambah nilai kepada sumber – sumber
berikut. Semenjak ditubuhkan, PETRONAS sudah membesar menjadi syarikat minyak
dan gas dengan kepentingan perniagaan di dalam 31 negara. Sehingga akhir bulan
Mac 2005, Kumpulan PETRONAS mempunyai 103 milik sendiri subsidiari-subsidiari,
19 syarikat kelengkapan-kelengkapan dan 57 syarikat bersekutu. Ini menunjukkan
prestasi Kumpulan PETRONAS yang terlibat di dalam pelbagai aktiviti-aktiviti yang
berasaskan minyak dan gas.
Sebelum
1974, operasi petroleum di Malaysia dijalankan oleh syarikat minyak
multinasional menerusi sistem konsesi untuk mencarigali petroleum di perairan
Sarawak, Sabah dan Terengganu. Di antara syarikat-syarikat carigali minyak yang
memegang konsesi mencarigali petroleum di ketiga – tiga perairan ialah Shell
dan Exxon Mobil. Kilang penapisan minyak Shell di Port Dickson telah dibuka
pada tahun 1962. Pada ketika itu, minyak dibeli dari luar negara. Penubuhan
perbadanan minyak negara (PETRONAS) merupakan titik tolak kepada kawalan dan
penglibatan negara yang lebih dalam industri petroleum. Antara barisan pengerusi
PETRONAS adalah Raja Mohar Bin Raja Badiozaman.
Berbekalkan
modal sebanyak RM10 juta ringgit, PETRONAS telah dipertanggungjawabkan untuk
meneroka sumber minyak dan gas, membangunkan modal insan tempatan dari segi
kemahiran sumber manusia, kepakaran teknologi dan juga menggalakkan pelaburan
di dalam bidang penerokaan dan pembangunan serta menambahkan nilai kepada
sumber petroleum negara. Di samping itu, PETRONAS juga diberi tugas untuk menggalakkan
pembangunan industri-industri hiliran yang berkaitan dengan petroleum seperti
sektor pembuatan, fabrikasi loji dan peralatan serta perkhidmatan-perkhidmatan sokongan.
Aspek
kepimpinan memainkan peranan yang penting untuk menerajui sebuah organisasi
yang besar untuk terus maju dan mampu berdaya saing. Barisan kepimpinan dalam
organisasi PETRONAS telah menunjukkan prestasi yang baik kepada negara apabila
mampu meningkatkan pulangan yang lumayan kepada PETRONAS serta meningkatkan
pendapatan negara setiap tahun. Ini menunjukkan kewibawaan barisan kepimpinan
PETRONAS dalam meneraju organisasi terbesar ini sehingga menghasilkan
keuntungan yang lumayan kepada negara. Daripada hanya menjadi pemungut cukai,
kini PETRONAS telah menjadi sebuah organisasi yang semakin maju dengan mengaut
keuntungan yang lumayan kepada negara.
Justeru,
atas berkat kesungguhan dan komitmen yang tinggi di kalangan kepimpinan
PETRONAS, kejayaan yang dimiliki oleh PETRONAS melangkaui kejayaan yang
dimiliki Partamina, iaitu syarikat minyak milik Indonesia meskipun Indonesia
adalah merupakan ahli OPEC. Kejayaan PETRONAS dalam perusahaan minyak dan gas
menunjukkan kesungguhan PETRONAS untuk memajukan perusahaan ini sehingga ke
peringkat antarabangsa dengan barisan kepimpinan yang profesional, berwibawa
dan bertanggngjawab dan menjadi syarikat yang disegani di rantau Asia. PETRONAS
melangkah setapak kehadapan dengan penubuhan PETRONAS Carigali Sdn Bhd iaitu
anak syarikat milik PETRONAS yang diberi
mandat melaksanakan aktiviti – aktiviti penerokaan sumber minyak dan gas.
Kejayaan pertama PETRONAS Carigali adalah pada tahun 1982 apabila berjaya
menemukan sumber minyak petamanya di lapangan minyak Dulang, diluar perairan
Terengganu.
PETRONAS
bukan hanya berperanan untuk mengawal dan mengendali sumber petroleum negara
tetapi juga membantu mengembangkan ekonomi negara dan mengukuhkan kedudukan
Malaysia sebagai salah sebuah negara yang mempunyai syarikat petroleum sendiri.
Petroleum bukan sekadar sumber asli negara tetapi juga merupakan sumber tukaran
wang asing kepada Malaysia dan daya penggerak kepada pembangunan negara. Sumber
minyak adalah nadi kepada Pembangunan kawasan setempat negara seperti di Miri,
Sarawak , Kerteh, Terengganu dan Port Dickson, Negeri Sembilan . Justeru itu,
teknologi dan kepakaran berkaitan Petroleum telah dapat dipindahkan ke Malaysia
hasil kerjasama dengan syarikat multinasional dari Belanda, Britain dan
Amerika. Maka, dengan adanya petroleum di Malaysia, ia telah membuka peluang
pekerjaan yang membabitkan jutaan penduduk Malaysia dari kumpulan sokongan
hingga kepada profesional.
Berdasarkan
Laporan Kewangan, PETRONAS telah menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan
negara apabila mampu memeberikan sejumlah sumbangan yang besar setaip tahun.
Jumlah sumbangan Petronas kepada kerajaan sejak penubuhannya pada 1974 hingga
tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 ialah RM732 bilion. Datuk Seri Najib
Tun Razak berkata, daripada jumlah itu, dividen terkumpul adalah sebanyak RM278
bilion, bayaran hasil petroleum (RM124 bilion), cukai pendapatan (RM310 bilion)
dan duti eksport (RM20 bilion) (Sinar Harian, 2013).
PETRONAS
juga akan berusaha untuk memajukan lagi lapangan yang lebih mencabar dalam
proses mampan yang bakal membantu meningkatkan pengeluaran minyak apabila
berhadapan dengan rizab yang semakin berkurangan dan permintaan yang semakin
meningkat. Bagi laut dalam, PETRONAS dan kontraktor perkongsian pengeluaran
menjangkakan penggerudian konsisten dan penerokaan luar pesisir dalam tempoh
lima tahun akan datang dan merancang untuk merangsang pelaburan dalam pembinaan
keupayaan. Untuk membangunkan lagi rizab minyak dan gas, PETRONAS akan
meningkatkan pelaburan dalam saluran paip minyak dan gas bawah laut dengan
meluaskan lagi lokasi lapangan (Laporan Kewangan Tahunan, 2012).
Justeru,
untuk memantapkan kedudukan perniagaan tempatan, pada tahun 1981, PETRONAS
Dagangan Berhad telah ditubuhkan untuk memasarkan bahan-bahan petroleum di
stesen-stesen minyak miliknya. Kini, PETRONAS mempunyai hampir 950 buah stesen
servis minyak (perniagaan runcit) dan menguasai 44% pasaran runcit tempatan.
Pada akhir tahun 2008, jumlah peniaga runcit/operator stesen telah mencapai
angka 750 orang (di mana lebih daripada 90% terdiri daripada peniaga-peniaga
Bumiputera).
Kejayaan
– kejayaan yang dimiliki oleh PETRONAS pada hari ini adalah disebabkan barisan
kepimpinan PETRONAS yang komited dalam
melakukan kerja dengan bersungguh –sungguh demi kepentingan rakyat Malaysia.
Membina empayer se gah ini bukanlah perkara yang mudah sekiranya ketiadaan
semangat yang kuat serta motivasi yang tinggi dalam mencapai tujuan yang telah
ditetapkan. Justeru, sejuta penghargaan harus diberikan kepada barisan
kepimpinan PETRONAS yang berjaya mengukuhkan PETRONAS sebgai sebuah perusahaan
minyak dan gas yang terkemuka bukan sahaja di dalam negara tetapi juga luar
negara.
1.2
Visi, Misi dan Objektif penubuhan PETRONAS
1.2.1
Visi Syarikat
Untuk menjadi pembekal minyak yang terkemuka di
seluruh Negara bukan sahaja terkemuka di dalam Negara Malaysia, malahan di
peringkat Antarabangsa.
1.2.2
Misi Syarikat
Petroleum merupakan perniagaan utama Syarikat PETRONAS
dimana misi syarikat ini adalah untuk menjadi pembekal minyak yang bersih,
paling selamat, dan kos yang efektif bagi seluruh masyarakat. PETRONAS juga
adalah sebuah entiti perniagaan. Tanggungjawab utama kami adalah untuk
membangunkan dan menambahkan nilai kepada sumber kepada Negara ini. Misi
syarikat ini juga ingin menjadi daya penggerak kepada pembangunan Negara iaitu
dari segi ekonomi. Syarikat ini ingin menjadi sebuah perniagaan yang dapat
memberi keuntungan dan pendapatan kepada Negara. Selain itu, syarikat ini juga
ingin menjadi sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan, jualan yang paling
terbaik kepada pelanggan-pelanggannya.
1.2.3
Objektif syarikat
Objektif utama syarikat PETRONAS adalah lebih kepada
menyumbang kesejahteraan rakyat dan Negara. Objektif syarikat ini sentiasa
produktif, efektif dan inovatif di dalam melakukan kerja-kerja yang
dipertanggungjawabkan oleh pelanggan-pelanggannya. Syarikat PETRONAS juga
adalah sebuah syarikat yang menawarkan kualiti kerja yang memberangsangkan bagi
mengikut kehendak pelanggan-pelanggan. Di samping itu, syarikat ini juga
menambahkan lagi pengalaman kerja yang lebih luas dalam bidang kerja mengikut
peredaran zaman teknologi maklumat ini. Syarikat ini juga mengamalkan cara
kerja berpasukan atau ‘team work’ agar dapat mewujudkan persefahaman dan
keharmonian bagi meningkatkan prestasi kerja yang lebih sempurna dikalangan
pekerja di masa hadapan. Malah, syarikat ini juga sentiasa memastikan tahap
profesionalisme, daya saing yang sihat serta kecekapan yang tinggi bagi
menyahut cabaran ke arah wawasan 2020.
1.3 Produk PETRONAS
Pada awal tahun 1970-an, terdapat
dua sistem yang digunakan secara meluas oleh syarika Minyak Nasional (SMN) atau
“National Oil Companies (NOC)” dalam urusan perhubungan mereka dengan Syarikat
Minyak antarabangsa atau “Multinational Oil Companies (MOC)” berkenaan dengan
perkongsian mereka dalam hal pemerolehan sumber – sumber petroleum dalam
sesebuah negara. Memalui Sistem Konsensi Bersama (CSS) yang mana pengendalian
penerokaan dan pengeluaran minyak terus diuruskan sepenuhnya oleh SMA. SMN
sebagai wakilo negara tuan punyai masih tidak terlibat langsung dalam sebarang
kegiatan mencari, membangun dan menghasilkan minyak mentah dan gas asli.
Perjanjian Perkongsian Pengeluaran atau “Production Sharing Contract (PSC)
diterajui oleh SMN Indonesia iaitu PERTAMINA. Dalam sistem PSC, warganegara
pemilik dibenarkan untuk turut terlibat secara aktif menyokong usaha – usaha
PERTAMINA dan SMA dalam pencarian, pembangunan, pengeluaran dan pemasaran
minyak mentah dan gas asli sebagai wakil – wakil tempatan bagi Kontraktor
Perkhidmatan Kepakaran dari luar negara.
Meskipun PERTAMINA dan PETRONAS
mempunyai persamaan dari segi strukturnya iaitu merupakan organisasi perusahaan
negara, amun PERTAMINA telah diletakkan dibawah keseragaman dan kongkongan
kementerian manakala PETRONAS didedahkan kepda budaya urus niaga yang
kompetitif secara tidak terhad. Tun Abdul Razak sememangnya mempunyai pandangan
jau terhadap perusahaan petroliam sehingga berani menubuhkan PETRONAS sebagai
suatu syarikat dengan liabiliti terhad di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965
untuk memisahkan kerajaan daripada urus niaga minyak setelah kegagalan HIKMA.
Dengan tertubuhnya akta PDA 1974, PETRONAS mempunyai hak untuk mengendali
sumber minyak dan gas asli dalam negara. Justeru, demi memastikan Malaysia
mampu untuk bersaing dalam bidang perusahaan petroleum, PETRONAS telah
menubuhkan PETRONAS Carigali Sdn Bhd yang bertindak sebagai sebuah syarikat
yang menguruskan pencarian dan penerokaan sumber petroleum di negara ini.
PETRONAS menambah nilai kepada minyak mentah yang
dihasilkan oleh cari gali dan operasi pengeluaran melalui perniagaan minyak
bersepadu yang merangkumi operasi penapisan, pemasaran, perdagangan dan runcit
yang terdiri daripada pelbagai gred yang ketara dari berbagai wilayah. Minyak
mentah ini telah didagangkan dan dipasarkan di peringkat antarabangsa serta
diproses menjadi produk petroleum bagi kedua-dua pasaran domestik dan eksport.
PETRONAS memiliki dan mengendalikan empat kilang penapisan dengan kapasiti yang
lebih daripada 448,000 tong sehari. Produk petroleum dari kilang penapis ini
dipasarkan melalui rangkaian stesen minyak di beberapa negara termasuklah di
Indonesia, Malaysia, Afrika Selatan, Sudan dan Thailand.
PETRONAS memiliki dan mengendalikan tiga kilang
penapis minyak di Malaysia iaitu di Melaka, Kertih dan juga Terengganu. Anak
syarikat PETRONAS iaitu Engen Bhd memiliki dan mengendalikan sebuah kilang
penapisan di Durban, Afrika Selatan. Kilang penapisan domestik PETRONAS
dipandang tinggi dari segi kecemerlangan, operasi, dan kedudukan yang teratas
sekali di dalam rantau Asia Pasifik untuk penggunaan penapisan dalam
pelaksanaan Solomon, serta memenangi pelbagai anugerah Kesihatan, Keselamatan
dan juga Alam Sekitar. PETRONAS Dagangan Berhad dan Engen Bhd telah memimpin
pasaran runcit di Malaysia dan juga di Afrika Selatan. Penubuhan Petronas
Lubricants International adalah berikutan daripada pengambil alihan Kamiltali
FL Selenia SPA, pengeluar bebas yang terbesar di Eropah dan pemasar minyak
pelincir automotif dan cecair pakar bagi meningkatkan kehadiran global dengan
rangkaian operasi yang luas di seluruh Eropah, Amerika Selatan dan Amerika
Syarikat.
PETRONAS juga telah menyediakan maklumat asas mengenai
rangkaian produk minyak pelincirnya bagi membantu pelanggan-pelanggan sedia ada
dan berpotensi untuk memudahkan rujukan. Terdapat lima kumpulan produk pelincir
yang telah dihasilkan oleh Petronas seperti minyak kereta, minyak motosikal, duti
minyak kenderaan berat, duti minyak idustri dan juga minyak gear. Maklumat
mengenai ciri-ciri fizikal dan kimia juga termasuk untuk menyediakan
pelanggan-pelanggan dengan pengetahuan asas bagi setiap produk yang dihasilkan.
Di PETRONAS, ia bukan sahaja memberi pelanggan untuk membuat permintaan malahan
syarikat ini juga menyediakan produk dan perkhidmatan teknikal yang sangat baik
dan berkualiti tinggi. Oleh itu, untuk memudahkan harapan yang tinggi pelanggan
– pelanggan PETRONAS telah menyediakan jurutera perkhidmatan teknikal yang
terlatih bagi menyediakan cadangan serta permohonan yang betul.
Berdasarkan sumber pendapatan negara pada tahun 2000
menunjukkan eksport petroleum mentah menyumbang kira-kira RM14.2 bilion, gas
asli sebanyak RM11.3 bilion. Sumbangan
ini telah digunakan oleh kerajaan untuk membiayai projek-projek pembangunan
negara seperti pembinaan Menara Berkembar KLCC, lapangan terbang Kerteh dan
lain-lain. Merujuk kepada perkembangan ekonomi negara, PETRONAS telah
menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran melalui pelbagai projek
usahasama, perkongsian pintar, dan latihan lanjutan yang mana teknologi tinggi
diimport atau diperolehi melalui usahasama dengan syarikat asing. Usaha
penyelidikan dan pembangunan (R&D) sentiasa dijalankan oleh PETRONAS dalam
konteks teknik baru mengesan dan mengeluarkan sumber serta teknik baru
menghasilkan pelbagai produk berkualiti. Misalnya teknologi seismik dan satelit
digunakan dalam mengesan lokasi medan petroleum. Selain itu, memajukan kilang
industri yang berkaitan terutamanya industri berasaskan sumber petroleum dan
gas asli seperti kilang menapis petroleum di Lutong di Miri dan Kerteh di
Terengganu, dan kilang mencairkan gas asli di Bintulu merupakan pendekatan yang
digunakan oleh PETRONAS untuk mengembangkan lagi ekonomi negara dan
meningkatkan pendapatan negara.
1.4
Institusi dan Pusat Latihan PETRONAS
PETRONAS berusaha untuk menyediakan pendidikan
bertaraf dunia dan perkhidmatan latihan untuk memenuhi keperluan rakyat dan
negara melalui pelbagai institusi yang telah ditubuhkan. Strategi yang diguna
pakai dalam pelaksanaan program-program yang di tawarkan di institusi-institusi
ini bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan kemudahan dan sumber-sumber yang
sedia ada si seluruh kumpulan Petronas dan pada masa yang sama memanfaatkan
pakatan strategik dengan institusi betaraf dunia sebagai rakan kongsi global.
Terdapat beberapa institusi yang telah ditubuhkan untuk memberi didikan dan
latihan kepada para pelajar yang layak.
Bagi memastikan
memperoleh kakitangan professional yang mencukupi untuk keperluan tenaga manusia
dalam jangka panjang, PETRONAS mengambil peranan proaktif dalam pembangunan
sumber manusia sejak penubuhannya lebih 30 tahun lalu. Ia bermula dengan menaja
pelajar untuk mengikuti kursus yang releven di universiti tempatan dan luar
negara. Kemudian pada 1983, PETRONAS menubuhkan institusi latihan teknikalnya
sendiri untuk melatih operator dan juruteknik bagi keperluan pengeluarannya
yang semakin membesar. Kemudian pada 1983, PETRONAS menubuhkan institusi
teknikalnya sendiri untuk melatih operator dan juruteknik bagi keperluan
pengeluarannya yang semakin membesar. Pada masa yang sama PETRONAS juga
menubuhkan Pusat Latihan Pengurusan untuk memenuhi kehendak latihan dan
kemajuan perniagaan para pengurus serta pemimpin perniagaan .
Komitmen PETRONAS terhadap pendidikan tidak terhad. Pelbagai
program pendidikan dan latihan yang diusahakannya. Ia memberi sumbangan penting
kepada beberapa inisiatif melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah serta
penuntut pengajian tinggi. Institusi-institusi yang tersenarai adalah
Universiti Teknologi Petronas, Akademi Laut Malaysia, Pusat Latihan Pengurusan
Petronas dan Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP).
PETRONAS juga menyediakan peluang pekerjaan -seperti
ahli geologi petroleum, jurutera, ahli oceaneografi, juruteknik, pegawai tadbir
dan buruh. - mengurangkan kadar pengangguran penduduk dan meningkatkan
pendapatan / taraf hidup penduduk. Contohnya, pada tahun 2000, sebanyak 39 900
peluang pekerjaan telah diwujudkan dalam sektor perlombongan petroleum bagi
memenuhi pasaran tenaga kerja sekaligus membantu mengurangkan masalah
pengangguran dalam negara. Sejak 1975, Petronas menaja lebih 12,000 pelajar
universiti tempatan dan 6,500 pelajar di universiti asing. Ramai siswazahnya
bekerja di peringkat pengurusan kanan dalam konglomerat minyak ini dan menyumbang
ke arah pembangunan dan pertumbuhan. Sejumlah besar daripada mereka bekerja di
sektor awam dan swasta dan memainkan peranan penting dalam proses kemajuan
ekonomi Malaysia.
Sehingga kini, PETRONAS telah membiayai lebih daripada
39,500 pelajar di pelbagai peringkat pengajian di bawah skim biasiswanya.
Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INTSEP) telah berjaya melatih tenaga
kerja teknikal seramai 7500 orang sejak penubuhannya pada tahun 1981 dan
Universiti Teknologi PETRONAS menghasilkan hampir 4500 orang graduan dalam
berbagai bidang pengajian kejuruteraan sejak tahun 2001. Lulusan INSTEP dan
graduan-graduan UTP bukan sahaja menampung keperluan PETRONAS malah telah
berjaya menembusi pasaran pekerjaan di sektor minyak dan gas di dalam dan luar
negara (Laporan Presiden PETRONAS, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Hassan Marican).
Selain menyediakan biasiswa bagi menampung pengajian
pelajar yang akan diserap untuk bekerja dengan PETRONAS, PETRONAS juga
menubuhkan lagi beberapa institusi – institusi pengajian tinggi yang bakal
melahirkan golongan profesional dam sokongan dalam pelbagai bidang demi
menampung keperluan PETRONAS pada masa hadapan. Ini jelas menunjukkan keupayaan
PETRONAS untuk membantu negara mengatasi masalah pengangguran di kalangan
golongan muda terutamanya. Hal ini kerana kebiasaannya PETRONAS akan
menyediakan platform pekerjaan kepada mereka memandangkan PETRONAS memiliki
anak – anak syarikat dalam pelbagai bidang. Ini turut melahirkan golongan
profesional yang berdaya saing di kalangan rakyat tempatan dan sekaligus
mengelakkan PETRONAS mengaji pekerja – pekerja asing untuk menampung keperluan
tenaga kerja profesional.
1.4.1
Universiti Teknologi Petronas
UTP menawarkan pelbagai program-program kejuruteraan
dan teknologi di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah yang dilengkapi dengan
tumpuan kepada Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Program – program yang
direka bentuk dengan perkaitan industry yang tinggi untuk menyediakan
persekitaran pembelajaran yang dinamik. PETRONAS dengan penuh iltizam untuk
pembangunan modal insan, merupakan salah satu daripada syarikat-syarikat yang
mengambil cabaran ini. Usaha-usaha kerajaan dalam membangunkan tenaga kerja
yang kuat dan berkemahiran teknikal di negara ini mesti di lengkapi dengan
penyertaan aktif sektor swasta. Institit Teknologi PETRONAS (ITP) ditubuhkan
dengan tujuan menyediakan pendidikan di peringkat pengajian tinggi dalam usaha
untuk menyumbang kepada usaha nasional.
1.4.2
Akademi Laut Malaysia (ALAM)
ALAM iaitu Akademi Laut Malaysia (ALAM) adalah pusat
latihan maritim bagi kakitangan berasaskan laut dan tanah dalam pendidikan
teknikal, pentadbiran dan pengurusan. Ia menyediakan pelbagai kursus yang
meliputi semua aspek industri maritim dan bidang berkaitan yang komprehensif.
Institusi latihan maritim terulung di Malaysia dikendalikan oleh anak syarikat
perkapalan PETRONAS. Ia merupakan sebahagian daripada komitmen ke arah
mengekalkan standard yang bertaraf dunia. Program-program yang dijalankan oleh
ALAM direka bukan sahaja untuk memenuhi keperluan pekerjaan tetapi melebihi
tahap minimum kemahiran dan kecekapan yang ditetapkan.
1.4.3
Pusat Latihan Pengurusan Petronas (PERMATA)
Pusat Latihan Pengurusan PETRONAS (PERMATA) merupakan
salah satu daripada dua institusi latihan yang dikendalikan oleh PETRONAS
Management Training Sdn Bhd. Program – program yang ditawarkan oleh pusat
latihan menunjukkan komitmen PETRONAS untuk membina keupayaan yang tinggi dalam
bidang penawaran pekerjaan. Ia menawarkan pelbagai program pembelajaran untuk
membina kemahiran dan pengetahuan untuk kakitangan semua peringkat dan disiplin
dalam kumpulan PETRONAS dan syarikat-syarikat yang lain. Ia bertujuan untuk
memastikan bahawa pekerja dilengkapi dengan asas yang kukuh dalam kemahiran
pengurusan dan kepimpinan, keupayaan yang sangat penting diperlukan untuk
memancu pertumbuhan organisasi. Di samping menggalakkan pembangunan tenaga
professional, program ini juga berusaha untuk menyemai nilai-nilai utama yang
membimbing organisasi untuk menyokong pertumbuhan perniagaan yang lestari.
1.4.4
Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP)
Institut Teknologi Petronas , INSTEP adalah sebuah
institusi latihan dan pendidikan yang ditubuhkan oleh syarikat minyak Nasional
PETRONAS. Tujuan utama penubuhan institusi ini adalah untuk melatih dan
meningkatkan tahap kemahiran pekerja dalam industri minyak dan gas. Sehingga
kini, INSTEP telah melatih dan melahirkan lebih 5000 juruteknik mahir yang
menyambung kerjaya mereka bukan sahaja bersama Petronas tetapi juga
syarikat-syarikat terkenal yang lain seperti Shell. Malahan, banyak syarikat
dari luar negara menghantar kakitangan teknikal mereka untuk menimba ilmu dan
kepakaran daripada institusi ini.
2.0 Teori Kontengensi
Perkembangan sesebuah organisasi
biasanya berlaku kerana pemimpin dan gaya kepimpinannya dalam mengurus dan
mengendalikan organisasi yang diterajui. Setiap pemimpin mempunyai gaya
kepimpinan tersendiri yang menjadi tunggak kepada kejayaan sesebuah organisasi.
Selain itu, pengetahuan dalam kepimpinan selalunya lahir secara semulajadi di
samping melalui pembelajaran formal dan tidak formal. Oleh itu, bagaimana
seseorang pemimpin itu dapat menerajui sesebuah organisasi bergantung kepada
pengetahuan, kemahiran dan yang tidak kurang penting adalah bagaimana individu
tersebut mengurus gaya kepimpinannya. Ini jelas seperti yang diterangkan oleh
Kouzes dan Posner (2007) yang menyatakan pemimpin yang efektif adalah kunci
kepada kehidupan dan kejayaan dalam sesebuah organisasi.
Teori
Kontingensi Fiedler (1967)
Teori
kontingensi (Fiedler, 1967) sering disebut teori situasi kerana teori ini
mengemukakan kepimpinan yang bergantung pada situasi. Model atau teori
kontingensi Fiedler melihat bahawa kumpulan berkesan bergantung pada keserasian
antara gaya pemimpin yang berinteraksi dengan subordinatnya sehingga situasi
menjadi berpengaruh terhadap pemimpin. Terdapat tiga elemen utama di dalam
teori kontingensi (Fedler) iaitu gaya kepimpinan (leadership style), situasi (situation)
and perhubungan antara gaya dan situasi (relationship between style and
situation). Model kepemimpinan kontingensi mengfokuskan perhatian yang lebih
luas, iaitu pada aspek-aspek yang berkaitan antara keadaan atau perubahan
situasi dengan watak atau tingkah laku dan kriteria prestasi pemimpin (Hoy and
Miskel, 1987).
Model kepemimpinan Fiedler (1967) juga
disebut sebagai model kontingensi kerana model tersebut dianggap bahawa
sumbangan pemimpin terhadap keberkesanan prestasi kumpulan yang bergantung pada
cara atau gaya kepimpinan (leadership style) dan kesesuaian situasi (the
favourableness of the situation) yang dihadapinya. Menurut Fiedler, ada tiga
faktor utama yang mempengaruhi kesesuaian situasi dan ketiga faktor ini
selanjutnya mempengaruhi keberkesanan pemimpin. Ketiga-tiga faktor tersebut
adalah hubungan antara pemimpin dan anggota (leader-member relations), struktur
tugas (the task structure) dan Kekuasaan kedudukan/posisi (position power).
Dalam
teori kontingensi, tinggi rendahnya prestasi kerja satu kelompok dipengaruhi
oleh sistem motivasi dari pemimpin dan sejauh mana pemimpin dapat mengendalikan
dan mempengaruhi sesuatu situasi tertentu. Untuk menilai sistem motivasi dari
pemimpin, pemimpin harus mengisi suatu skala sikap dalam bentuk skala perbezaan
sementik (semantic differential), suatu skala yang terdiri dari 16 skala
bipolar. Skor yang diperoleh menggambarkan jarak psikologi yang dirasakan oleh
pemimpin antara diri sendiri dengan “rakan sekerja yang paling tidak disenangi”
(Least Prefered Coworker = LPC). Skor LPC yang tinggi menunjukkan bahawa
pemimpin melihat rakan sekerja yang paling tidak disenangi dalam suasana yang
menyenangkan. Pemimpin dengan skor LPC yang tinggi berorientasi kepada hubungan
(relationship oriented). Sebaliknya, skor LPC yang rendah menunjukkan darjah
kesediaan pemimpin untuk menolak mereka yang dianggap tidak dapat melakukan
kerja secara bekerjasama. Pemimpin yang sedemikian lebih berorientasi kepada
perlaksanaan tugas (task oriented). Fiedler menyimpulkan pemimpin dengan skor
LPC rendah (task oriented) cenderung untuk berjaya dalam situasi kumpulan yang
menguntungkan mahupun yang tidak menguntungkan pemimpin manakala pemimpin
dengan skor LPC tinggi (relationship oriented) cenderung untuk berjaya dalam situasi
kumpulan yang sedarjah dengan keuntungannya.
Berdasarkan
penemuannya, Fiedler menemui tiga dimensi daripada situasi yang mempengaruhi
gaya pemimpin yang sangat efektif iaitu:-
Carta Dimensi
yang mempengaruhi gaya kepimpinan kontingensi
a. Kekuasaan Kedudukan/Posisi (Position
power)
Kekuasaan
kedudukan/posisi berbeza dengan sumber kekuasaan yang berasal dari jenis
kepemimpinan yang berkarisma atau keahlian (expertise power). Berdasarkan kekuasaan
ini, seorang pemimpin mempunyai anggota-anggota kumpulan yang dapat diperintah/dipimpin
oleh beliau karana dia bertindak sebagai seorang pengurus, di mana kekuasaan
ini diperoleh berdasarkan kuasa organisasi (organizational authority).
b.
Struktur tugas (task structure)
Fiedler
berpendapat bahawa tugasan yang dapat diperinci secara jelas dan pekerja
diberikan tanggungjawab terhadap tugasan akan berlainan dengan situasi di mana
tugasan itu tidak tersusun (unstructure) dan tidak jelas. Apabila tugasan
tersebut telah jelas, kualiti daripada penyelenggaraan kerja akan lebih mudah
dikendalikan dan ahli - ahli kumpulan dapat lebih jelas liabiliti dalam
pelaksanaan kerja daripada tugasan yang tidak jelas atau kabur.
c.
Hubungan antara Pemimpin dan anggotanya (Leader-member relations)
Fiedler
menganggap amat penting meliaht kepada sudut pandangan seorang pemimpin.
Kekuasaan kedudukan/posisi dan struktur tugas dapat dikendalikan secara lebih
berkesan dalam suatu organisasi selama anggota kumpulan suka melakukan tugasan
yang diberikan dan mempunyai kepercayaan yang penuh terhadap kepimpinan
pemimpinnya (hubungan yang baik antara pemimpin-anggota kumpulan).
Berdasarkan
ketiga - tiga pembolehubah ini, Fiedler menyusun lapan jenis situasi kumpulan
yang berbeza darjah keuntungannya bagi seorang pemimpin. Situasi dengan darjah
keuntungan yang tinggi misalnya adalah situasi di mana hubungan pemimpin - ahli
adalah baik , struktur tugas yang tinggi dan kuasa kedudukan yang besar.
Situasi yang paling tidak menguntungkan adalah di mana hubungan pemimpin - ahli
adalah tidak baik, struktur tugas yang rendah dan kuasa kedudukan yang sedikit.
Justeru
itu asas pengetahuan mengenai teori kepimpinan merupakan satu bonus bagi
pemimpin jika dia mengetahui serba sedikit berkaitan teori kepimpinan. Dalam
bidang kepimpinan terdapat banyak teori yang mendasari corak atau gaya
kepimpinan seseorang namun tidak semua teori itu sesuai dipraktikan secara
menyeluruh. Menurut Manning dan Curtis (2009) menyatakan kedua-dua teori
kepimpinan trait dan tingkah laku telah mengenalpasti satu ketua yang terbaik dan satu gaya dalam
pelbagai situasi. Menurut mereka sejak lewat tahun 1960an teori kontigensi ini
telah diangkat sebagai teori yang tepat dan amat sesuai dalam menentukan
kualiti dan tindakan seseorang pemimpin dalam pelbagai situasi. Walau
bagaimanapun mereka percaya bahawa keberkesanan kepimpinan seseorang itu adalah
bergantung kepada pemimpin, pengikut dan faktor persekitaran dan situasi
semasa.
Setiap
pemimpin mempunyai cita rasa yang berbeza. Oleh itu, bagaimana pemimpin itu
mempengaruhi menggerak dan memotivasi pengikutnya merupakan teras kepada
kejayaan sesebuah organisasi. Setiap pengikut juga mempunyai pengalaman yang
berbeza-beza dan ini yang akan menentukan keperluan dalam menentukan bagaimana
ianya dapat menyesuaikan diri dan menetukan arah atau hala tuju serta
keperluannya sebagai pengikut atau staf bawahan dalam situasi kepimpinan di
mana dia berada. Faktor situasi atau persekitaran seperti tanggungjawab yang
perlu dilaksanakan, budaya di tempat kerja, dan keperluan sesuatu tugas juga
mempengaruhi situasi samada pengikut dan
juga pemimpin.
Menurut Kouzes dan Posner (2007) menyatakan
bahawa teori kontigensi adalah sangat luas yang merangkumi faktor kontigen atau
sesuatu faktor yang mungkin berlaku yang menyentuh keupayaan seseorang
pemimpin dan pelbagai keadaan dalam
situasi berkaitan. Di samping itu perlu diingatkan bahawa seseorang pemimpin
yang berkesan dalam satu keadaan dan situasi masa tertentu mungkin akan gagal dalam
situasi dan masa yang lain. Teori ini mengandaikan bahawa tidak munasabah untuk
menjangkakan bahawa seorang pemimpin boleh melakukan segala-galanya pada setiap
masa lebih baik daripada orang lain. Setiap pemimpin yang mempunyai ciri yang
baik akan berbeza daripada kelompok dengan kelompok yang lain dan situasi
dengan situasi yang lain (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 62).
2.2 Alasan Kepada Pemilihan Teori
Memandangkan PETRONAS adalah sebuah
organisasi terbesar di Malaysia dan merupakan salah sebuah syarikat milik
Malaysia 100% dalam bidang petroleum yang telah menyumbang sejumlah sumbangan
kepada negara iaitu lebih 30% daripada jumlah keuntungan yang dimiliki oleh
PETRONAS. Malahan, PETRONAS juga dikatakan sebagai sebuah syarikat yang menjadi
penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Melihat kepada sejaran penubuhan
PETRONAS, siapa sangka syarikat yang pada mulanya tidak memiliki apa – apa
kemahiran dalam industri minyak dan gas mampu berdiri teguh menjadi sebuah
syarikat multinasional yang mewakili negara Malaysia. Dengan kejayaan PETRONAS
yang berjaya menembusi pasaran dunia menunjukkan kebolehan pimpinan PETRONAS
mentadbir syarikat ini dengan baik sekali. Sudah tentu corak dan ciri
kepimpinan yang berkesan telah dilaksanakan bagi memenuhi matlamat penubuhan
PETRONAS. Ini menunjukkan kepimpinan PETRONAS tidak hanya mengawal corak
pempinan autokratik namun corak kepimpinan mereka lebih kepada mengikut situasi
dan keadaan semasa.
Hal
ini kerana, pekerja yang merasakan selesa dengan corak kepimpinan ketua mereka,
mereka akan melakukan yang terbaik bagi memenuhi matlamat tersebut. Ini
berdasarkan penunjuk prestai PLC berskala rendah dan PLC berskala tinggi. Di
dalam kepimpinan PETRONAS, mereka yang menjawat jawatan tertinggi adalah mereka
yang mempunyai kredebiliti dan karisma yang tiada tolok bandingnya. Kepandaian
mereka menyesuaikan diri dalam apa jua situasi menunjukkan mereka mampu menjadi
seorang pemimpin yang berkesan. Ini berdasarkan kejayaan PETRONAS membangun
menjadi sebuah syarikat minyak dan gas yang terkemuka jika dibandingkan semasa
ia baru ditubuhkan. Untuk membina sebuah empayer yang sekukuh ini bukanlah
perkara yang mudah sekiranya tidak disertakan dengan barisan kepimpinan yang
mampu mengubah serta mencorakkan suasana yang berbeza memandangkan pada ketika
penubuhannya, PETRONAS hanya mempunyai 25 orang kakitangan dari Pengerusi
hinggalah kepada budak pejabat. Namun kini, PETRONAS mampu mengaji hampir 30
ribu pekerja yang bekerja dalam pelbagai syarikat dibawah kelolaan Kumpulan
PETRONAS. PETRONAS juga mampu berdiri sama gah dengan pengusaha petroleum lain
iaitu syarikat asing seperti Shell, Exxon, Petron dan sebagainya. Justeru,
pemilihan teori ini utnuk dikaitkan dengan amalan dalam organisasi PETRONAS
dilihat amat bersesuaian memandangkan kejayaan PETRONAS dalam pelbagai bidang yang
sudah tentu bermula dari kepimpinan yang berkesan.
Dari
sejak penubuhan PETRONAS pada 17 ogos 1974 hinggalah ke hari ini, kita dapat
lihat pimpinan yang bersilih ganti menerajui PETRONAS. Apa yang dapat
dinyatakan disini adalah corak dan gaya pimpinan mereka adalah mengikuti
situasi semasa dan sentiasa menunjukkan perkembangan yang positif yang memberi
kesan dan impak yang baik kepada syarikat. Kesemua pemimpin PETRONAS telah
menunjukkan kseungguhan yang tidak berbelah bagi bagi membangunkan PETRONAS agar
menjadi sebuah syarikat petroleum yang setanding dengan syarikat petroleum
multinasional yang lain seperti Shell. Tugas ini bukanlah suatu tugas yang
mudah sekiranya pemimpin tidak mempunyai kekuatan dan kesungguhan serta
motivasi yang tinggi untuk memimpin orang bawahan agar melakukan kerja mengikut
apa yang diinginkan.
Berdasarkan
prestasi kewangan PETRONAS yang kukuh selama ini ialah kerana ia diterajui oleh
individu-individu yang berbakat dan berkebolehan, yang merupakan legasi
Allahyarham Tan Sri Azizan Zainul Abidin, bekas Pengerusi dan Presiden PETRONAS
yang akan sentiasa dikenang sebagai orang yang bertanggungjawab menjadikan
PETRONAS apa yang kita lihat pada hari ini. Kesinambungan kecemerlangan Azizan pula
diteruskan oleh Tan Sri Hassan Marican dengan disokong barisan pengurusan yang
begitu mantap serta diawasi dan dinasihati oleh Lembaga Pengarah yang turut
dianggotai wakil-wakil kanan kerajaan termasuk dari Kementerian Kewangan dan
Unit Perancang Ekonomi (EPU).
3.0 Amalan Kepimpinan Kontingensi dalam
PETRONAS
Perbadanan Petroleum Nasional
(PETRONAS) adalah lubuk, iaitu sumber utama yang mengisi dana pembangunan
negara dan selama ini ia diurus dan ditadbir oleh golongan profesional dan
pentadbir kanan perkhidmatan awam yang benar-benar berwibawa. Mereka yang
pernah menduduki kerusi pengerusi juga orang yang berwibawa, beramanah dan
bertanggungjawab. Begitu juga dengan tokoh yang dilantik selaku ketua eksekutif
atau presiden. Berkat kepimpinan yang berwibawa selama ini, PETRONAS telah muncul
sebagai satu-satunya syarikat milik kerajaan yang berjaya bukan sahaja di
peringkat negara, tetapi serantau dan antarabangsa. Kejayaan PETRONAS boleh
dilihat dengan penubuhan anak – anak syarikat milik PETRONAS yang bukan hanya
berdaya saing tetap mampu menembusi pasaran antarabangsa. Selain itu, penubuhan
institusi – institusi pendidikan dibawah naungan syarikat PETRONAS juga
menunjukkan kelahiran graduan dalam bidang pofessional yang telah dilatih
dengan sebaik mungkin untuk bekerja dalam pelbagai sektor dalam syarikat
PETRONAS.
3.1 Sejarah Awal Barisan Kepimpinan
PETRONAS
Tenaga
penggerak awal bagi syarikat PETRONAS adalah pengerusinya iaitu Tengku Tan Sri
Razaleigh Hamzah dari bidang perbankan dan juga merupakan seorang tokoh politik
sepenuh masa. Pengarah urusannya pula adalah Dato’ Junus Sudin, seorang sahabat
setia Tengku Razaleigh yang menguruskan Konglomerat Fleet Street turut memegang
dua atau tiga portfolio korporat besar di seluruh negara. Mereka adalah antara
yang terlibat dengan konsepsi PETRONAS selepas PDA (Ismail Hashim, 2005).
Tengku Razaleigh dan Dato’ Junus merupakan Pengarah Pengasas dan juga dua orang
pemegang saham petama yang disenaraikan di dalam Tataujud dan Tataurus
(Memorandum dan Articles of Association) PETRONAS. Pada 10 November 1974, Dato’
Rastam Hadi telah dilantik terus oleh Tun Razak ke dalam Lembaga Utama sebagai
Pengarah Eksekutif. Pada Disember 1974, Tengku Razaleigh telah melantik Dato’
Wan Ismail sebagai seorang lagi Pengarah Eksekutif. Mereka ini telah dilantik
berdasarkan keadaan kekosongan yang perlu diisi dahulu.
Dalam pentadbiran PETRONAS,
kakitangan – kakitangan muda PETRONAS lazimnya tidak diberi peluang untuk
meningkat dalam organisasi secara dalaman kerana jawatan – jawatan pada
peringkat tersebut dipenuhi oleh pegawai – pegawai tinggi kerajaan yang hampir
bersara sebagai sebahagian daripada pakej persaraan perkhidmatan mereka (Ismail
Hshim,2005). Secara keseluruhannya, pimpinan awal organisasi PETRONAS adalah
pegawai – pegawai kanan dari perkhidmatan awam yang diambil berkhidmat atas
dasar hubung kenal dan bukannya secara pengambilan kakitangan yang dirancang
mengikut keperluan yang disusun.
Semasa awal penubuhannya, PETRONAS
hanya mempunyai kakitangan seramai 25 orang sahaja dari Pengerusi hinggalah ke
budak pejabat dan mereka tidak mempunyai pekerja sokongan dan pegawai – pegawai
yang dapat membantu mereka menguruskan dan melaksanakan apa jua tugasan. Hal
ini amat jauh berbeza dengan syarikat Shell dan Exxon yang mempunyai kepakaran
yang lebih lama dalam bidang petroleum sehingga memperlekeh – lekehkan pegawai
– pegawai PETRONAS semasa mengadakan rundingan mengenai minyak dan gas dengan
mereka memandangkan yang mewakili PETRONAS semasa rundingan pada ketika itu
adalah anak – anak muda.
3.2 Penubuhan Unit Tindakan Khas (UTK)
PETRONAS
Sebaik sahaja formaliti perlembagaan
PETRONAS dengan Sarawak selesai diuruskan dan dipersetujui, PETRONAS masih
belum lagi menetap protokol dan tatacara bekerja dengan syarikat – syarikat
minyak dalam menguruskan sumber – sumber petroleum negara di bawah Akta
Kemajuan Petroliam (PDA). Untuk menyelesaikan masalah ini, satu unit tindakan
khas (UTK) ditubuhkan dan diketuai oleh Ismail Hashim sejurus diarahkan oleh
Junus Sudin iaitu Pengarah Urusan PETRONAS setelah diminta untuk menyelesaikan
keadaan tersebut oleh Tengku Razaleigh.
Pada awalnya penubuhan UTK adalah secara ad hoc. Kewjudan UTK juga tidak
mendapat sokongan oleh sebarang resolusi Lembaga Pengarah dan status unit ini
tidak mendapat pengiktirafan yang khusus dalam PETRONAS. Tujuan penubuhan UTK
adalah khusus untuk menangani keadaan atas arahan Junus sudin kepada Ismail
Hashim selaku ketua kumpulan UTK.
Pengumpulan kumpulan teras ahli UTK
adalah secara fait accompli kerana hanya segelintir pegawai – pegawai kanan
daripada pelbagai bidang tugas yang terdapat di PETRONAS ketika itu. Umumnya,
mereka yang dilantik menyertai UTK ialah ketua – ketua jabatan. Meskipun mereka
bergelar ketua – ketua jabatan, mereka tidak mempunyai pegwai – pegawai
sokongan ataupn sistem perkhidmatan. Semua pegawai terpaksa melakukan tugas
secara berdikari tanpa bantuan sokongan, perkakasan dan perisian komputer. UTK
adalah pegawai – pegawai yang berkhidmat dengan ahli – ahli lembaga utama yang
lain.
Dalam UTK, tidak dinafikan terdapat
ramai lagi pegawai – pegawai yang lain yang turut berkhidmat sebagai unit –
unit sokongan kepada UTK dalam unit – unit tugasan khusus, sama ada secara
terus menerus atau adari masa ke semasa dan apabila diperlukan. Konsep
kepimpinan dalam UTK adalah secara berkumpulan dan tiada tugasan atau kerja
yang dilakukan yang hanya merujuk kepada individu. Ungkapan There is no “I” in
“TEAM” amat bertepatan dengan UTK kerana tidak terdapat peribadi individu dalam
UTK kecuali hanya peribadi pasukannya sahaja. Ismail Hashim selaku ketua
kumpulan bertindak sebagai ketua yang mementingkan kerja kumpulan kerana setiap
orang dalam kumpulan tersebut mempunyai peranan masing – masing yang
tersendiri. Justeru, setiap orang dalam kumpulan UTK akan meletakkan diri
sendiri dalam kedudukan yang paling sesuai dengan keupayaannya.
Menurut Ismail Hashim (2005),
keupayaan ahli UTK adalah terbit daripada sikat saling bekerjasama anatara
semua ahli dalam organisasi dan berkembang maju atas keteguhan semangat ahli –
ahli untuk melaksanakan yang terbaik tanpa mengira kekurangan persiapan,
terutamanya kekurangan pendedahan komersial dan dalam penguasaan kerja – kerja
dalam industri minyak dan gas. Pimpinan yang mantap juga memberi kesan kepada
ahli UTK berjaya membantu PETRONAS dalam setiap rundingan yang dijalankan
dengan syarikat Shell dan Exxon.
Contohnya,
apabila seorang ahli UTK yang berkhidmat di bawah Dato’ Rastam Hadi membuat
laporan bertulis kepada beliau, ia selalu dipanggil untuk berbincang dan
ditanya tentang apa yang sebenarnya yang ia hendak laporkan. Kemudiannya,
beliau akan membetulkan setiap laopran yang orang bawahnnya buat sebaris demi
sebaris. Sikap ketelusan dan kebertanggungjawaban yang dimiliki oleh Dato’
Rastam Hadi membuatkan dia dilihat sebagai seorang ketua yang disegani. Ini
seperti apa yang dipetik dari ucapan Ngau Boon Keat dalam Ismail Hashim (2005):
“Sebelum Dato’ Rastam Hadi menjadi
Pengarah Urusan, beliau adalah bos kami. Anda boleh kata yang beliau telah
melatih kami semua. Apabila beliau bercakap tentang asah pensel, beliau telah
mengajar kami bekerja secara teliti walaupun kerja itu ringan. Apabila beliau
bercakapa tentang memeriksa kedua – dua belah muka duit syiling, beliau telah
mengajar kami supaya bekerja secara komprehensif. Dari segi kehidupan dan kerjaya,
beliau merupakan seorang guru yang sangat bijak.”
UTK
terbubar dengan sendirinya apabila PSC ditandatangani dengan Shell dan Exxon
pada penghujung tahun 1976. Namun apa yang dibanggakan adalah dalam tempoh 10
tahun sahaja PETRONAS di bawah bimbingan anak negeri sendiri iaitu yang mana
keseluruhannya adalah kaum muda bumiputera berupaya mengendalikan projek –
projek raksasa di huluan dan hiliran industri petroleum di dalam negara sendiri
dengan jayanya. Ini tidak mudah dicapai tanpa kesetiaan dan pengorbanan yang
besar dari pelopor dan perintis Kumpulan PETRONAS.
3.3 Amalan Kontingensi dalam
Kepimpinan Organisasi PETRONAS
Dalam
kepimpinan PETRONAS, di dapati barisan kepimpinannya mengamalkan gaya
kepimpinan kontingensi dalam menguruskan organisasi PETRONAS. Hubungan antara
pemimpin dan anggotanya menjelaskan sejauh mana pemimpin itu dipercayai dan
disukai oleh anggotanya dan kemahuan untuk mengikuti segala arahan yang
diberikan oleh pemimpin tersebut.
Sebagai contoh, pengurus urusan dalam PETRONAS mewujudkan hubungan yang
baik dengan pekerja bawahan supaya kumpulan yang terlibat dapat bekerjasama,
mematuhi dan taat setia kepadanya dalam melaksanakan tugas dan kerja yang
diberikan. Hubungan baik yang terjalin dapat membantu pekerja bawahan dalam
memikul tanggungjawab bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh
pengurusan PETRONAS. Ini dapat dilihat apabila pekerja bawahan mampu
menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dan memperolehi inisiatif dalam
kenaikan pangkat dan keistimewaan yang lain. Motivasi pekerja juga diambil kira
bagi memastikan kelancaran dalam pengurusan pentadbiran kerana ia merupakan
penyumbang kepada keberhasilan tugasan yang dilakukan. Justeru, keperluan untuk
meningkatkan motivasi pekerja adalah perlu.
Dalam
pentadbiran PETRONAS, pimpinan PETRONAS telah mengambil pendekatan untuk
meningkatkan motivasi pekerja dengan memastikan keperluan ditempat kerja di
penuhi seperti jaminan keselamatan dan keperluan latihan, memberikan ganjaran
yang bersesuaian seperti bonus tahunan, kenaikan gaji atau pangkat, penghargaan
dan pengiktirafan serta ganjaran yang menepati keperluan usaha yang telah
dicurahkan. Kerana itu, pekerja golongan profesional PETRONAS terutamanya
menerima gaji yang lumayan berpadanan dengan hasil kerja yang perlu
dilaksanakan. Ini memberi impak yang positif kepada kejayaan syarikat. Di
syarikat PETRONAS juga, program mengkomunikasikan jenama syarikat yang boleh
memenangi hati dan minda kakitangannya dijalankan secara terancang di seluruh
peringkat jabatannya. Akhirnya, setiap kakitangan PETRONAS akan mempunyai perasaan
bangga menjadi sebahagian daripada keluarga syarikat. PETRONAS juga mewujudkan
kumpulan kualiti bagi membolehkan pekerja bersama-sama menyumbang (idea) dalam
pengurusan organisasi. Kumpulan ini terdiri daripada 6-10 orang dan diberi
amanah membincang dan mengemukakan penambahbaikan secara berterusan. Justeru,
ganjaran diberi kepada pencapaian pasukan, bukan pencapaian individu.
Selain
itu, struktur tugas menjelaskan tugas-tugas dalam organisasi ditakrifkan secara
jelas dan definisi tugasan tersebut dilengkapi dengan arahan yang terperinci
dan prosedur yang baku. Struktur tugas juga merupakan senarai tugas yang
dilaksanakan oleh pekerja. Misalnya,
senarai tugas yang diberikan oleh pengurus setelah mengadakan mesyuarat pada
pekerja bawahannya, haruslah jelas dan mudah difahami supaya pekerja dapat
meningkatkan kualiti kerja dan daya pengeluaran. Posisi kuasa pula menjelaskan
kekuatan atau kekuasaan yang dimiliki oleh pemimpin kerana kedudukannya
ditetapkan dalam organisasi dinilai dari tugasan masing-masing. Posisi kuasa
juga menjelaskan pemimpin menggunakan pihak berkuasa dalam memberikan hukuman
kepada pekerja, memberi ganjaran, penghargaan dan penurunan pangkat
(demotions). Sebagai bukti, pengurus sebagai pemimpin yang berwibawa, berkedudukan
kuasa di dalam organisasi perlulah jelas mengikut kedudukan kuasa yang
termaktub di dalam organisasi PETRONAS.
Ab.
Aziz Yusof (2004) menyatakan kepintaran emosi diperlukan dalam membuat
keputusan. Keputusan yang dibuat adalah satu proses di mana memenuhi kehendak
satu organisasi termasuklah bebanan yang akan diterima sama ada positif atau
negatif bagi mendapatkan keputusan yang paling optimum atau secara terbaik.
Setiap barisan pimpinan dalam organisasi PETRONAS mempamirkan kepintaran emosi
dalam membuat keputusan sehingga PETRONAS mampu mengembangkan sayapa dalam
pelabagai bidang dan aktiviti yang lain seperti penubuhan anak – anak syarikat
dan institut – institut pendidikan di bawah kelolaan PETRONAS sehingga
melahirkan ramai graduan yang berdaya saing dan berkretampilan untuk menyandang
jawatan – jawatan professional dalam syarikat PETRONAS. Ab. Aziz Yusof (2004:2)
turut menyatakan bahawa bagi memastikan kejayaan pemimpin tidak akan
terperangkap dalam sistem dan prosedur kerana keberanian mereka untuk mengambil
risiko dan keluar dari pada kepompong keselesaan, mereka bersedia untuk
mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap pencapaian keseluruhan organisasi
dengan mengadakan dan bertindak secara proaktif terhadap perubahan.
Melihat
kepada kejayaan yang diperolehi oleh PETRONAS selaku syarikat minyak dan gas
terbesar di Malaysia, ini menunjukkan kepimpinan yang berkesan dalam membuat
keputusan dan gaya kepimpinan yang mengikuti situasi dan keadaan semasa. Kebijaksanaan
dan rasional dalam membat keputusan menjadi pemangkin kepada kecermelangan
sesebuah organisasi. Izan Asaari merupakan bekas Pengurus Besar, Projek Khas di
Petronas Carigali, dan bertanggungjawab untuk mentransformasikan syarikat
tersebut serta memperkukuhkan kedudukan Petronas dalam usahanya menjadi
syarikat bertaraf antarabangsa. Kewibawaan beliau sebagai pemimpin menunjukkan
kredabilitinya memajukan serta memperkukuhkan kedudukan PETRONAS berdasarkan
kawalan emosi yang stabil dalam membuat keputusan. Menurut Abdul Razak Ibrahim
dan Ainin Sulaiman (2000) membuat keputusan berlaku apabila timbul sesuatu
masalah. Pendapat ini disokong oleh Chek Mat (2003) yang menyatakan masalah
pemimpin timbul apabila pekerja dalam organisasi tidak menunjukkan prestasi
yang baik sebagaimana yang dijangkakan. Justeru hasrat pemimpin untuk mencapai
matlamat tidak tercapai. Pada ketika ini pemimpin perlu membuat keputusan yang
tepat bagi menangani masalah yang timbul.
Justeru,
dalam konteks membuat keputusan, emosi turut terlibat secara langsung dan dalam
tindakan membuat keputusan, emosi memainkan peranan bagi memilih pertimbangan
terhadap kepentingan keputusan yang dibuat dalam organisasi itu. Kadang kala
emosi sering mengganggu apabila seseorang mengambil sesuatu tindakan untuk
membuat keputusan. Menurut Jaafar Muhamad (2000) manusia memang emosional dalam
melakukan sesuatu perkara. Sehubungan dengan itu, kepimpinan juga terlibat secara
langsung menghadapi gangguan emosi. Kawalan emosi yang berkesan dapat dilihat
dalam pentadbiran organisasi PETRONAS berdasarkan kejayaan demi kejayaan yang
berjaya dilakukan oleh pimpinan PETRONAS sehingga mampu membawa syarikat
PETRONAS setanding syarikat multinasional yang lain di persada antarabangsa.
Kakitangan
PETRONAS turut dilatih untuk menjadi pemimpin yang mampu menganalisis dan
merealisasi matlamat mereka. Ciri sebuah pertubuhan yang berjaya adalah yang
mengamalkan fleksibiliti secara meluas, mempunyai komitmen terhadap individu,
menggunakan sebaik-baiknya semangat kerja berpasukan berteraskan kompeten yang
tinggi dan keinginan untuk melihat kelainan. Ini terjadi apabila matlamat
dibangun dan dikongsi oleh semua peringkat kakitangan, keseluruhan pasukan
kerja berfungsi sebagai satu pasukan dan komited sepenuhnya demi kejayaan
syarikat. Di setiap peringkat, satu komitmen peribadi akan membawa kepada
prestasi yang dipertingkat bagi perbadanan itu dan kepuasan yang lebih lagi
kepada kakitangan. Jelas sekali, sekumpulan pekerja yang berkemahiran serta
bermotivasi tinggi dan berusaha dalam arah yang sama boleh mencapai keputusan
yang lebih baik berbanding satu kumpulan sama tetapi tidak sehaluan. Pekerja-pekerja
ini tahu yang kejayaan syarikat di tempat mereka bekerja adalah hasil sumbangan
bersama dan komitmen mereka dan CEO. Kehebatan PETRONAS dan kakitangannya
dibuktikan apabila disenaraikan sebagai antara 20 perbadanan dunia yang paling
menguntungkan, selain disenaraikan dalam kedudukan 500 teratas Perbadanan
Terkemuka Dunia oleh Majalah Fortune Global 500 sejak beberapa tahun yang lalu.
Organisasi
PETRONAS telah mengalami perubahan penting kepada struktur dan proses pengurusan
dalam syarikat. Tujuan asas penyusunan semula PETRONAS ialah untuk memastikan perbadanan
ini dapat membangun berdasarkan kejayaannya yang lalu dan terus menjadi sebuah
badan perniagaan yang kukuh yang dapat diteladani dari segi prefesionalismanya
dan sebagai sumber kemegahan negara. Secara khususnya, perubahan-perubahan ini
dilaksanakan dengan tujuan memperuntukan dengan lebih jelas dan luas lagi
tanggungjawab pengurusan, memberikan peluang pembangunan kerjaya yang lebih
lagi kepada kakitangan dan memperbaiki ketindakbalasan dan mutu membuat
keputusan dalam sesuatu perkara.
Oleh
yang demikian, di dalam organisasi PETRONAS, dapat dilihat barisan kepimpinan
yang berwibawa menerajui organisasi terbesar ini. Ini bukanlah suatu tugas yang
mudah memandangkan PETRONAS merupakan salah sebuah syarikat minyak dan gas
utama yang menguruskan hasil sumber negara dan perlu mengekalkan prestasi serta
kejayaannya di persada dunia. Hanya pemimpin yang layak sahaja mampu membawa
PETRONAS menjadi suatu jenama yang besar dan kukuh bukan sahaja di negara
tetapi juga di antarabangsa. Untuk mencapai kejayaan, ia memerlukan kerjasama
antara pemimpin dengan orang bawahan dan melalui teori kontingensi, tidak semua
pemimpin mampu mengawal situasi seperti apa yang dikehendaki. Justeru, amat
penting kepada pemimpin untuk melihat kepada situasi dan keadaan luaran yang
mampu mempengaruhi dalam membuat keputusan.
Setiap
kepimpinan dalam organisasi PETRONAS mempunyai corak dan citasa yang berbeza
dalam pentadbiran masing – masing. Contohnya, Dato’ Rastam Hadi dilihat sebagai
pemimpin yang bersifat tegas tetapi amat dihormati oleh pekerja bawahannya
kerana beliau banyak menggunakan teknik mengajar dan membantu anak didiknya
menjadi seorang pekerja yang berkaliber. Dato’ Rastam Hadi tidak hanya mendidik
pekerja bawahannya menjalankan tugas dengan sebaik mungkin tetapi juga ke arah
menajdi seornag yang berpandangan jauh dalam sesuatu bidang. Meskipun sikap
tegas beliau digeruni oleh pekerja bawahannya, namun karisma yang ditonjolkan
oleh beliau membuatkan anak buah yang bekerja di bawah Dato’ Rastam Hadi
menimba pelbagai ilmu yang bermanfaat demi masa depan PETRONAS.
Apabila
PETRONAS diterajui oleh Tan Sri Dato’ Seri Hassan Marican, sikap kesederhaan
beliau telah memperlihatkan suatu corak pimpinan yang berbeza dan tersendiri.
Dato’ Seri Hassan Marican merupakan seorang ketua yang berjiwa kebajikan dan
sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal pekerja bawahannya. Beliau lebih
gemar sekiranya pekerja PETRONAS mengamalkan suasana kerja yang harmoni dan
bekerjasama kerana ini mampu membawa PETRONAS ke arah pembangunan yang lebih
mantap dan kukuh. Bagi beliau, sikap kesederhaan yang ditonjolkan oleh pimpinan
PETRONAS dapat merapatkan jurang diantara pekerja bawahan dan golongan atasan.
Ini demi mewujudkan suasana kerja yang harmoni kerana setiap pekerja yang
bekerja di dalam Kumpulan PETRONAS adalah ahli keluarga PETRONAS dan tiada yang
mempunyai pangkat yang tinggi untuk berasa sombong. Kerana itu, semasa Dato’
Seri Hassan Marican menerajui PETRONAS, ramai pekerja merasakan beliau adalah
seorang ketua yang bertanggungjawab kerana sering turun padang melihat
pekerjanya serta tidak menunjukkan sikap yang sombong sebagai seorang ketua
yang memegang jawatan tertinggi PETRONAS. Justeru itu, setiap pemimpin
mempunyai corak dan citarasa yang tersendiri untuk mentadbir sesuatu
organisasi. Apa yang penting, setiap perbezaan itu membawa keabikan kepada
organisasi dan mengikut situasi dan keadaan semasa kerana setiap masa perkara
baru akan berlaku dan memerlukan kesesuaian.
4.0 Rumusan
PETRONAS merupakan sebuah organisasi
yang menguasai hasil minyak dan gas di Malaysia. Dengan tertubuhnya PETRONAS
pada tahun 1974, ia memberi peluang kepada Malaysia untuk menguruskan hasil
minyak dan gas di Malaysia untuk membantu meningkatkan hasil pendapatan negara.
Berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh PETRONAS dalam kedudukan kewangan
setiap tahun menunjukkan peningkatan dalam hasil keuntungan yang diperolehi
sehingga mampu mmberikan pulangan yang lumayan kepada Malaysia. Ini menunjukkan
barisan kepimpinan dalam organisasi PETRONAS yang berjaya meningkatkan
penguasaan PETRONAS di serantau dan antarabangsa. Sehingga kini PETRONAS telah
menarik perhatian bukan sahaja daripada pesaing-pesaing syarikat-syarikat
petroleum antarabangsa malah meliputi institusi kewangan dan pelaburan
antarabangsa. Ada yang berpendapat bahawa PETRONAS adalah di antara
satu-satunya institusi perniagaan global yang dipimpin dan diuruskan oleh
pasukan kepimpinan, pengurusan dan tenaga kerja Muslim yang setakat ini berjaya
mendapatkan tempat di arena antarabangsa. Oleh itu, dengan penuh kesyukuran dan
kesedaran PETRONAS dan kakitangannya sentiasa berusaha untuk terus maju dan
mempertahankan pencapaian ini dari satu generasi ke satu generasi akan datang.
Walaupun terdapat banyak
cabaran-cabaran yang perlu diharungi, PETRONAS yakin dapat menguasai
cabaran-cabaran di dalam dan luar negara berdasarkan kepada faktor – faktor
seperti kepimpinan yang teguh dan berwawasan, pembangunan tenaga pengurusan
yang efektif dan kakitangan yang berkeupayaan dan berkemahiran, nilai-nilai bersama
(Shared Values) menekankan kepada kesetiaan dan kesatuan, integriti dan
professionalisme, rangkaian dan perhubungan yang kuat dan menyokong penerokaan
dan pembangunan perniagaan, model urusniaga yang mengutamakan daya saing yang
tinggi dan penciptaan/pertambahan nilai, keupayaan mengurus dan mengambil
risiko secara berhemah, kesediaan untuk belajar daripada kesilapan dan kejayaan
dan sokongan jitu Pemegang Saham dan Kumpulan Berkepentingan seperti Kerajaan
Malaysia kepada PETRONAS.
Sehingga
kini PETRONAS telah menarik perhatian bukan sahaja daripada pesaing-pesaing syarikat-syarikat
petroleum antarabangsa malah meliputi institusi kewangan dan pelaburan antarabangsa.
Ada yang berpendapat bahawa PETRONAS adalah di antara satu-satunya institusi
perniagaan global yang dipimpin dan diuruskan oleh pasukan kepimpinan, pengurusan
dan tenaga kerja Muslim yang setakat ini berjaya mendapatkan tempat di arena antarabangsa.
Oleh itu, dengan penuh kesyukuran dan kesedaran PETRONAS dan kakitangannya
sentiasa berusaha untuk terus maju dan mempertahankan pencapaian ini dari satu
generasi ke satu generasi akan datang.
Malaysia
sungguh bertuah mempunyai pemimpin pemimpin yang jujur dan bijaksana dalam
merancang dan menentukan halatuju industri petroleum negara. Jasa YAB Tun Abdul
Razak harus dikenang kerana pandangan jauh beliau dalam menentukan asas
industri petroleum negara. Jasa Tun Mahathir amat besar sekali dalam
melaksanakan dasar ini dengan cemerlang dalam masa lebih dua puluh tahun beliau
menerajui negara. Apa yang dapat dinyatakan disini, Tun Mahathir merupakan
orang yang bertanggungjawab melantik tokoh pengurusan PETRONAS yang berwibawa
seperti Allahyarham Tan Sri Abdullah Salleh, Allahyarham Tan Sri Azizan Zainal
Abiddin dan Presiden PETRONAS sekarang iaitu Tan Sri Hassan Marican. Rakyat
Malaysia seharusnya perlu berasa bangga dengan sumbangan yang diberikan oleh
mereka dalam PETRONAS. Hal ini kerana kebijaksanaan mereka mentadbir PETRONAS
serta menarik pelabur asing untuk melabur di Malaysia yang bukan sahaja membawa
keuntungan kepada negara tetapi kepada penduduk di Malaysia kerana kerajaan
dapat menggunakan hasil yang diperolehi melalui cukai yang dikenakan ke atas
syarikat pelabur di Malaysia dan ini juga mewujudkan peluang pekerjaan yang
lebih banyak kepada rakyat di negara ini.
Justeru,
demi memastikan PETRONAS terus maju dan menjadi sebuah organisasi yang mantap
dan kukuh di persada dunia, kepimpinan dalam pengurusan PETRONAS perlu
dikekalkan kepada golongan yang profesional, berwibawa dan bertanggungjawab
untuk memimpin PETRONAS ke arah pencapaian yang lebih maju dan berjaya. Gaya
kepimpinan yang mampu memberikan kebaikan kepada semua pihak adalah gaya
kepmpinan yang terbaik kerana mengikuti keadaan dan situasi semasa dalam
menjalankan perniagaan syarikat. Konsep kerjasama antara pemimpin dan ahli
anggota amat perlu bagi memastikan keputusan yang dibuat membawa kebaikan
kepada organisasi.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehaloo asalamualaikum tuan/puan... terima kasih kerana kasih keran mengkongsikan perinciran-perinciran tentang petronas ini... dengan itu saya memohon kebenaran untuk mengambil sebagai rujukan untuk assigment saya... mohon keizinan
ReplyDeletedipersilakan..semoag mmeberi manfaat
DeleteAssalam sy juga mohon untuk mgmbil sbgai rujukan saya..trima kasih atas perkongsian ilmu.
ReplyDeletedipersilakan..semoag bermanfaat
Deleteterima kasih...sangat membantu..
ReplyDeleteterima kasih kerana banyak membantu saya dalam hasil kajian saya terhadap petronas. izinkan saya mengambil isi kandungan ini sebagai bahan di dalam kajian saya, terima kasih
ReplyDeletesama2
Deleteterima kasih puan/tuan. sy mohon kebenaran untuk mengambil sebagai rujukan tugasan saya.. terima kasih
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi berkongsi ilmu. izinkan saya untuk mengambil isi kandungan ini sebagai rujukan utk tugasan saya. terima kasih .
ReplyDeleteAssalaamu'alaikum pn Zabedah. Terima kasih atas perkongsian info yang diolah dengan begitu baik sekali. Izin ya saya ambil sedikit untuk rujukan. Semoga pn dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.. Aamiin.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ilmu.izinkn saya untuk mengambil isi kndungan untuk dijadikan rujukan untuk assignment sy..Thanks
ReplyDeleterujukan ini merangsangkan
ReplyDeletesaya ingin berbagi dengan siapa pun di sini yang mencari pinjaman untuk bisnis atau pinjaman pribadi untuk menghubungi mr pedro di pedroloanss@gmail.com karena mr pedro dan perusahaan pinjamannya adalah semua yang saya percaya ketika datang ke solusi situasi keuangan jadi saya merekomendasikan ada yang mencari bantuan keuangan untuk menghubungi mr pedro dengan pinjaman 2 tingkat pengembalian tahunan, sekarang? Anda mengerti mengapa saya akan memilih pedro dengan perusahaan pinjamannya 100 keuangan asli.
ReplyDeleteURGENT LOAN OFFER
ReplyDeleteTAWARAN PERKHIDMATAN PINJAMAN, MOHON SEKARANG DAN DAPATKAN KELULUSAN TANPA STRESS ATAU BERTANGGUH.
Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan.Kami menawarkan
pinjaman pada kadar faedah 2%, Hubungi kami melalui Whatsapp +918794792073
mghfbibdgf@gmail.com
BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
*******************************
1) Nama Penuh:
2) Jantina:
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
4) Tempoh Pinjaman:
5) Negara:
6) Alamat Rumah:
7) Nombor Mudah Alih:
8) Nombor Faks:
9) Pekerjaan:
10) Pendapatan Bulanan:
11) Tarikh Gaji:
12) Tujuan pinjaman:
13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
mghfbibdgf@gmail.com
QUICK EASY EMERGENCY URGENT LOANS LOAN OFFER EVERYONE APPLY NOW +918929509036 financialserviceoffer876@gmail.com Dr. James Eric
ReplyDelete