Tuesday, September 22, 2015

SAKIT ITU RAHMAT...

Aidil Adha tinggal sehari je lagi nak disambut.. Esok kita semua disunatkan berpuasa.. Marilah bersama - sama kita rebut peluang yang Allah bagi setahun sekali je ni.. Hari ni plak masih demam lagi.. harap2 esok sihat dan boleh berpuasa. Seronok tengok umat Islam yang kerjakan haji tambahan yang masih di usia yang muda, masih gagah dan bertenaga untuk beribadat.. (Dalam hati bila la aku nak dapat peluang itu....). Masa muda ni la elok kita tanam niat nak kerjakan haji.. Macam kawan2 guru yang lain, kebanyakan masa usia masih muda sekitar 40-an dapat panggilan Ilahi untuk kerjakan haji. Beruntungnya mereka.. Seperti kisah Allahyarhamah saudari kita yang pergi tunaikan haji pada usia yang masih muda dan Mashaa Allah, pergi mengadap Allah pada hari yang mulia, ditempat yang mulia dan sedang mengerjakan ibadah yang mulia.. Sapa yang tak nak pergi pada hari yang mulia iaitu Jumaat, penghulu segala hari.. In Shaa Allah, syurga buatmu dan para jemaah yang lain juga.

Apapun, mati itu pasti.. Nasib kita belum pasti.. 

Semoga Allah mematikan kita dalam keadaan mencari ilmuNya dan mengerjakan ibadah kepadaNya.

Allahuakbar!

No comments:

Post a Comment