Dulu waktu aku masih kanak - kanak, masa aku banyak dihabiskan dalam hutan untuk lastik burung, kutip kayu api, dan cari buah - buah hutan yang boleh dimakan. Masa tu aku rasa enjoy sangat sebab banyak benda yang dapat di terokai. Aku ingat lagi waktu kecik-kecik dulu, nak dapat guli memang payah.. almaklum la, kluarga aku miskin..ayah cuma penoreh getah, mak pun sama tolong ayah menoreh getah.. So, nak beli guli kat kedai memang tak la sbb xda duit.. Tapi dunia Allah ni luas.. xda guli, kami guna biji getah n jadikan sebagai buah untuk main congkak. aku ingat lagi, kami korek tanah bawah rumah (sebab rumah aku rumah kayu bertiang) n buat tujuh lubang beserta ibu lubang. hari2 main congkak.. sangat2 enjoy.. kemudian, kawan baik aku ada 'pot tadah susu getah yang mak dia tak guna dah, maka kami buat jadi lubang congkak.. xperlu pergi kedai beli papan congkak.. kami masih mampu main congkak.
zaman kanak-kanak aku penuh dengan keseronokan. kami main gasing, daun terup yang kecik tu, zeropon (main lompat getah), main sorok-sorok, main layang-layang, main raunders, main teng-teng, main freeze, baling botol, polis sentri dan main macam - macam lagi permainan yang kalau tengok sekarang ni semakin hilang dan pupus even di kawasan kampung.
Even aku perempuan, tapi aku merasai semua jenis permainan masa kecik yang dimainkan oleh orang lelaki sebab atas aku adalah abang dan kami memang rapat. mana dia pergi,aku mesti ikut even g lastik burung. sebab tu zaman paling aku rindu, zaman kanak-kanak berbanding zaman-zaman yang lain. semuanya memang indah walau hidup susah. aku cakap susah sebab kalau nak apa2, jarang aku mintak dengan mak dan ayah sebab kasihan, bukan mudah nak cari duit. jadi, untuk dapat duit, aku suka ikut arwah pakcik Mat, jiran aku masuk kebun untuk jaga kambing biri - biri dia. masa tu umur aku dalam 6,7 tahun. Arwah Pakcik Mat ni bagus, dia memang suka dengan budak2 sebab tu yang jaga biri-biri dia pun aku dan kawan2 aku... berebut kami nak jaga kambing dia. teringat aku peristiwa jaga biri-biri dalam kebun getah.. tengah dok jaga biri-biri, tiba2 dengar bunyi macam babi hutan. lintang pukang aku dengan member-member panjat pokok getah. pakat2 dok celah dahan pokok getah sampai la Pakcik Mat datang..huhuuhu
mujur la kami semua memang expert bab2 memanjat ni.. dari pokok nona yang batangnya halus sampai la pokok star yang batangnya besar lebih 3,4 pemeluk.. semua aku boleh panjat..nak panjat pokok star ni mudah je..cari je hujung dahan yang terjuntai.. kena panjat dari situ.. kecik-kecik dulu memang dah macam tarzan.. semua jenis pokok pernah panjat.. pokok durian je xpenah sebab takut ditimpa buah durian..kang xpasal2 dok spital huhuhu...
waktu petang2 kalau tak bermain, aku suka mandi sungai dengan member-member aku. sungai dulu jernih, air pun bersih..tak macam sekarang.. nak mandi pun was-was..mandi sungai memang paling best la..boleh jadi tarzan.. ada tali dari tunbuhan pokok kat situ macam dalam filem tarzan tu.. apa lagi..boleh la buat terjunan guna tali hehehehe Time tu kurus kering... boleh la.. sekarang mak bulan...huhuhuuhu ...tapi paling best, tebang pokok pisang hutan dan buat jadi ski (jet xda hahaha)..tambang stick jadi macam pemegang kononnya.. memang satu pengalaman yang fascinating yang tak boleh ditukar ganti.
aku percaya, korang yang tinggal di kawasan kampung, pasti alami pengalaman macam yang aku alami. dulu hutan tu adalah tempat yang biasa jekk.. masuk keluar hutan amalan biasa...Aku dengan adik beradik suka masuk hutan cari cendawan yang ada dekat batang pokok mati. Bila arwah ayah buat masak lemak cendawan tu memang sedap giler la... makan bertambah-tambah. dulu sayur paku pakis dengan kangkung, biasanya aku dengan best friend aku mesti pegi sungai n kutip. Memang itu la sayur kegemaran aku dulu. Setakat pacat dengan lintah tu, tak heran pun. siap boleh buat main-main lagi. Kalau pacat tu aku suka sangat golek dalam abu bila dah gemuk hisap darah aku...Errrkk nmpak kejam sikit la..huhuhu Satu lagi habit aku, dekat2 nak senja, aku suka duduk luar rumah, angkat kain or seluar,jamu betis ke nyamuk. Dulu nyamuk hutan, xda la macam sekarang, dengan denggi dan macam2 lagi penyakit seangkatan dengannya... Bila nyamuk hinggap,aku suka tengok di sedut darah..bila dah kembung, aku akan tampar nyamuk tu... hahahhaha tapi kalau terlepas, memang sampai esok pagi aku tak puas hati tak dapat tampar sampai terbawa-bawa dalam mimpi.. hahaha ntah pape la aku fikir masa tu...
tapi ini la serba sedikit pengalaman zaman kanak-kanak aku.. aku percaya ramai yang punya pengalaman zaman kanak-kanak yang menyeronokkan.. apa pun, semua itu memberi saat bahagia kepada aku dan sentiasa hidup dalam kenangan sampai bila-bila... Love you all!!
No comments:
Post a Comment