Ni adalah salah satu assignment yang saya buat dan harap dapat membantu anda semua.. sharing is caring
1.0 PENGENALAN
Konsep Penggabungjalinan boleh dibahagikan kepada
tiga bahagian iaitu penggabungjalinan antara berlainan matapelajaran,
penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam subjek bahasa dan penggabungjalinan
merentasi kurikulum. Penggabungjalinan adalah proses dalam satu sesi pengajaran
dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang-bidang kemahiran yang berkait
rapat atau bahan-bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak
disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan
aspek-aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan-bahan pengajaran saling
melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
bererti (Juriah Long, 1992:22).
Tiga bentuk penggabungjalinan boleh dilakukan iaitu
:
1.
Penggabungjalinan
kemahiran
2.
Penggabungjalinan
bahan
3.
Penggabungjalinan
aktiviti
Penggabungjalinan dalam bentuk
kemahiran adalah dengan menggabungkan dua atau lebih kemahiran seperti
mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam satu matapelajaran. Penggabungan
ini adalah bertujuan supaya kemahiran ini tidak diajar secara berasingan bagi
tiap – tiap satu kemahiran kerana ianya berhubung rapat bagi membolehkan
pelajar memahami topik yang dipelajarinya dengan lebih baik.
Penggabungjalinan dalam bentuk bahan
tertumpu pada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan ini boleh
terdiri daripada bahan utama dan bahan sokongan. Bahan yang dipilih haruslah
bersesuaian dengan tahap dan pengalaman murid supaya pengajaran dan pembelajaran
yang sedang berlangsung dapat diikuti oleh murid dengan baik.
Bentuk penggabungjalinan aktiviti
pula ialah apabila seorang guru menggabungkan dua atau lebih mengikut keperluan
dan kesesuaian tahap murid dalam kelas tersebut. Ini amat penting kerana
aktiviti yang dipilih dan tidak bersesuaian akan menyulitkan guru untuk
melakukan aktiviti yang dirancang kerana murid memerlukan lebih penjelasan dan
tunjuk ajar dari guru. Ini akan menyebabkan berlakunya sedikit gangguan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti boleh merangkumi aspek lisan, bacaan dan
kefahaman dan juga tulisan.
2.0 DEFINISI
Suatu pengolahan dalam proses
pengajaran-pembelajaran bahasa yang melibatkan pengajaran beberapa aspek kemahiran
bahasa dikumpulkan dan diajar serentak dan berkait rapat di antara satu dengan
lain dalam satu waktu pengajaran. Penggabungjalinan juga meliputi penggabungan
beberapa mata pelajaran, aktiviti, pendekatan, dan media.
3.0 STRATEGI
PERLAKSANAAN
Perlaksanaan konsep penggabungjalinan didalam
pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan dengan pelbagai bentuk dan corak
yang bersesuaian dengan tahap keperluan murid didalam kelas tersebut. Ini
kerana, murid perlu jelas dengan konsep penggabungjalinan yang cuba disampaikan
oleh guru semasa proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan.
Penggabungjalinan memerlukan sekurang – kurangnya
dua kemahiran yang digabungkan dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran fokus dan
kemahiran sampingan. Kemahiran fokus ialah kemahiran yang menjadi tunggak utama
yang ingin dicapai oleh guru manakala kemahiran sampingan ialah kemahiran yang
membantu guru untuk memastikan pelajar memperolehi objektif sesi pengajaran dan
pembelajaran pada waktu itu. Kemahiran sampingan penting baig memastikan
pelajar dapat menguasai lebih dari satu kemahiran pada masa yang sama.
Guru juga perlu menetapkan susunan atau tertib
kedudukan kemahiran – kemahiran tersebut dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai persediaan sebelum bermulanya proses pengajaran, guru boleh
menyediakan bahan- bahan yang diperlukan bagi tujuan perlaksanaan kemahiran –
kemahiran tersebut selaras dengan objektif mata pelajaran.
Terdapat beberapa prinsip yang perlu diketahui oleh
seorang guru bagi memastikan penggunaan penggabungjalinan dalam pengajaran dan
pembelajaran mencapai objektif yang ditetapkan oleh guru.
3.1 Prinsip – prinsip dalam strategi
perlaksanaan penggabungjalinan
Konsep penggabungjalinan dalam
pengajaran dan pembelajaran perlu memenuhi tahap dan keperluan pelajar secara
menyeluruh. Ini kerana, setiap pelajar mempunyai tahap dan kebolehan yang
berbeza. Oleh itu, dalam melaksanakan penggabungjalinan dalam pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu mengambil berat tentang beberapa perkara seperti
berikut:-
i.
Kemahiran yang digabungkan
mudah diikuti oleh pelajar serta dapat mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru tersebut.
ii.
Guru perlu memastikan
apa serta berapa kemahiran yang ingin digabungkan supaya pelajar dapat
mengikuti pengajaran dengan baik. Guru tidak boleh terlalu meletakkan
tanggapan/objektif yang terlalu tinggi kepada pelajar sebaliknya memastikan
keperluan pelajar diepenuhi terlebih dahulu.
iii.
Guru juga perlu
mrancang kemahiran fokus/utama dan kemahiran sampingan dengan baik supaya murid
memahami isi pengajaran dengan lebih sempurna.
iv.
Guru juga perlu
memastikan perlaksanaan konsep penggabungjalinan ini memenuhi kebolehan pelajar
dan tahap pencapaian mereka dengan meletakkan objektif pengajaran dan
pembelajaran sejajar dengan keperluan pelajar.
3.2 Kelemahan dan
Kekuatan Perlaksanaan Penggabungjalinan
3.2.1 Kelemahan
Meskipun terdapat kepelbagaian
aktiviti yang dijalinkan, bagi murid yang berada pada tahap yang baik,
penerimaan mereka lebih cepat berbanding dengan yang sederhana dan lemah. Murid
yang berada pada tahap sederhana pula memerlukan 50% bantuan daripada guru
untuk memahami topik yang diajar oleh guru dengan lebih berkesan manakala murid
yang lemah memerlukan lebih perhatian dan panduan dari guru. Kadangkala, dapat
dikesan murid yang lemah tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang
sedang berlangsung dengan baik.
Masalah disiplin dalam bilik darjah
boleh mengganggu ketika proses pengajaran dijalankan. Ini sekaligus, memberi
masalah kepada guru untuk menjalankan aktiviti penggabungjalinan kerana murid
akan membuat bising dan mengganggu rakan – rakannya yang lain kerana guru
memerlukan sepenuh perhatian dari murid untuk mengelak maklumat yang
disampaikan diterima oleh semua pelajar.
Pengurusan masa yang tepat juga amat
penting un tuk menjalankan konsep penggabungjalinan ini kerana ianya memerlukan
rancangan yang sitematik dan teratur. Namun, masa yang terhad boleh mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan baik. Ini akan mengundang
masalah sekiranya masa yang diperuntukkan untuk setiap langkah tidak dipatuhi
dasn boleh mengakibatkan sesi penutup tidak dapat dijalankan dengan sempurna
kerana kesuntukan masa.
Selain itu, ia juga memberi kesan
kepada pelajar yang pasif kerana mereka semakin menjadi pasif dan tidak
menonjolkan diri mereka semasa pengajaran dalam bilik darjah berlangsung. Ini
itdak begitu menguntungkan kepada golongan ini kerana mereka memerlukan
perhatian yang lebih khusus serta memerlukan masa yang lebih lama untuk
memahami sesuatu yang diajar oleh guru.
3.2.2 Kekuatan
Konsep penggabungjalinan dapat
meningkatkan tahap penguasaan murid bagi tiap – tiap topik yang diajar serta
dapat mengelak murid daripada berasa bosan dalam proses pembelajaran. Ini
kerana murid tidak didedahkan dengan hanya satu kemahiran tetapi dipelbagaikan
supaya murid dapat memahami dengan lebih mendalam. Lazimnya, murid akan cepat
berasa bosan sekiranya pembalajaran yang sedang berlangsung hanya tertumpu pada
satu kemahiran sahaja sebagai contoh, hanya pada kemahiran menulis sepanjang
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Selain itu, murid dapat menguasai
pelbagai tahap kemahiran kerana setiap kemahiran itu berhubung kait diantara
satu sama lain. Sebagai contoh kemahiran mendengar dan bertutur pada sesi pembacaan
dilakukan. Seorang murid membaca teks yang diberikan (bertutur) manakala yang
lain mendengar dengan teliti bacaan murid tersebut. Dua kemahiran ini dapat
dilakukan secara serentak pada satu sesi pembelajaran yang sedang berlangsung.
Murid juga dapat mengikuti
kepelbagaian aktiviti mengikut tahap pencapaian murid didalam kelas. Ini
kerana, dalam tiap- tiap satu kelas, terdapat beberapa tahap murid yang boleh
dikategorikan baik, sederhana dan lemah. Justeru itu, aktiviti akan
dipelbagaikan supaya semua murid dapat memahami okjektif pengajaran dan
pembelajaran pada masa itu. Sebagai contoh, guur menggabungkan aktiviti bacaan
dan kefahaman dengan tulisan. Penggabungjalinan ini membantu murid memahami
objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut dengan lebih berkesan.
Konsep penggabungjalinan ini juga
dapat membantu murid untuk berinteraksi dengan leibh aktif semasa pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Penggabungjalinan bahan utama dan bahan sokongan
mengikut tema pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan lagi kebersanan
penguasaan murid bagi topik atau tajuk yang diajar. Bahan yang bersesuaian
dengan tema membantu guru menerangkan dengan lebih jelas apa yang ingin
diajarnya pada hari tersebut.
3.3 Strategi
Perlaksanaan Penggabungjalinan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Konsep penggabungjalinan memainkan
peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana
dengan menggabungkan aspek – aspek kemahiran tersebut dalam Rancangan
Pengajaran Harian (RPH), ianya dapat memberi manfaat yang terbaik kepada
pelajar sekiranya ia dilaksanakan dengan sistematik dan teratur.
Rancangan Pengajaran harian
merupakan satu bentuk dokumen yang penting bagi seorang guru kerana guru dapat
meletakkan objektif dan sasaran yang ingin dicapai olehnya sebelum pengajaran
dan pembelajaran (P&P) bermula. Objektif ini menjadi tunjang kepada
kejayaan ataupun kegagalan suatu P&P berdasarkan output yang diperolehi
setelah P&P berakhir. Objektif ini dapat dinilai berdasarkan maklumbalas
yang guru terima daripada murid melalui soaljawab, kerja berkumpulan dan
latihan yang diberikan.
3.4 Perlaksanaan dalam Rancangan Pengajaran
Harian (RPH)
Perlaksanaan
penggabungjalinan boleh dilakukan pada semua langkah dalam P&P iaitu set
induksi, langkah 1, langkah 2, langkah 3 dan penutup. Perlaksanaan ini adalah
untuk memastikan murid dapat menguasai sesuatu yang diajar dengan lebih
berkesan dan pembelajaran ini bukan hanya untuk mengingati tetapi untuk
difahami menjadi pengetahuan yang baru kepada murid.
3.4.1 Set Induksi (5
minit)
i.
Murid diminta untuk
melihat gambar yang dipaparkan dan menghayatinya.
ii. Murid
diminta membezakan jenis perayaan mengikut kaum di Malaysia dan menceritakan
pengalaman mereka.
iii. Guru
menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari
itu.
Guru
menggabungkan pelbagai kemahiran, bahan dan aktiviti semasa sesi set induksi
dimana guru menggabungkan kemahiran mendengar dan bertutur pada suatu masa
dengan menggunakan bahan seperti kad gambar unutk memudahkan lagi pemahaman
murid mengenai tajuk yang diajar oleh guru. Murid dapat memahami dengan lebih
cepat melalui aktiviti soaljawab dimana murid diminta untuk menceritakan
pengalaman mereka ketika menyambut perayaan dan guru memberi pandangan secara umum. Melalui
penggabungan ini, murid dapat memahami tajuk yang akan diajar oleh guru.
Pengetahuan murid mengenai suatu tajuk itu amat penting untuk memastikan mereka
dapat mengikuti pengajaran pada hari tersebut.
3.4.2 Langkah 1 (15
minit)
i.
Murid dikehendaki untuk
mengelik salah satu pautan yang disediakan.
ii. Murid
diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonansi
serta gaya yang betul.
iii. Murid
– murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami
petikan tersebut.
iv. Kemudian
guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut.
Dalam
langkah 1, guru menggabungkan pelbagai kemahiran seperti mendengar, bertutur
melalui bacaan petikan dimana guru memilih beberapa orang murid untuk
membacakan petikan berkenaan manakala murid – murid yang lain diminta untuk
meneliti dan memahami petikan tersebut. Guru juga menggabungkan bahan yang
iaitu slaid yang digunakan untuk memaparkan teks ucapan dan menjadi rujukan
kepada pelajar yang lain. Jadi tumpuan pelajar menjurus kepada slaid yang
dipaparkan dan lebih menarik perhatian berbanding guru memberi setiap pelajar
salinan petikan tersebut. melalui slaid, guru boleh menambah bahan sampingan
dengan lebih mudah. Selain itu, murid juga mendapat galakan untuk
mengutarakan idea serta menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Ini dapat
meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan murid.
3.4.3 Langkah 2 (15
minit)
i.
Murid dibahagikan
kepada beberapa kumpulan.
ii. Murid
diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan.
iii. Murid
dikehendaki membentangkan perbezaan antara perayaan yang terdapat di Malaysia
dan membandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka.
iv. Setiap
kumpulan diberi masa selama 10 minit untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
v. Kemudian
kumpulan akan membentangkan hasil tugasan mereka.
vi. Kumpulan
yang berjaya menyiapkan tugasan dengan hasil kupasan dan pembentangan yang baik
akan menerima ganjaran.
vii. Guru
menanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka.
Pada
langkah ini, murid mengaplikasikan pelbagai kemahiran bahasa, bahan dan
aktiviti. Guru menggabungkan kemahiran bahasa iaitu bertutur, mendengar dan
menulis. Murid dapat melakukan ketiga – tiga penggabungan ini dengan mudah
kerana ianya saling berkait diantara satu sama lain. Ketika berada didalam
kumpulan murid dapat mengaplikasikan ketiga- tiga kemahiran ini semasa sesi
perbincangan berlangsung. Murid dapat menyuarakan pendapat, mendengar pendapat
dan mencatat pendapat sebelum menaip dengan menggunakan slaid. Power point
digunakan sebagai bahan penggabungjalinan. Aktiviti pula adalah sesi
perbincangan dan pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan – kumpulan tersebut.
3.4.4 Langkah 3 (20
minit)
i.
Guru terlebih dahulu
menanyakan kepada murid sekiranya mereka masih tidak memahami tajuk pengajaran
pada hari tersebut.
ii. Guru
memberikan latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek mengenai
perbezaan perayaan di Malaysia.
iii. Guru
membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan teks
cerita yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong.
Pada
sesi ini,guru lebih memberi penekanan pada aspek kemahiran bahasa iaitu
kemahiran menulis. Sebelum murid membuat aktiviti penulisan, murid akan ditanya
terlebih dahulu tahap kefahaman mereka mengenai tajuk yang diajar melalui sesi
soaljawab. Murid juga mendapat kemahiran mendengar dan bertutur kerana murid
boleh bertanya soalan dan guru akan memberi bimbingan kepada murid serta
menambahbaik pengetahuan murid mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia.
Dalam langkah 3, guru memberi lebih tumpuan kepada setiap murid dengan
memastikan tahap kebolehan dan pencapaian murid. Oleh itu, sesi penulisan
dibahagikan kepada dua bahagian dimana pelajar yang mampu berdikari, boleh
membuat esei pendek manakala yang lemah diberikan latihan yang lebih mudah
seperti mengisi tempat kosong dengan bimbingan dari guru.
3.4.5 Penutup
i.
Murid digalakkan supaya
mengumpul maklumat tambahan daripada bahan – bahan yang lain bagi menambahkan
pengetahuan mereka.
ii. Murid
juga menyatakan nilai – nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.
Nilai
– nilai murni :
Menghargai
Bersyukur
Menghormati
Bekerjasama
iii. Guru
memainkan lagu ‘Selamat Hari Raya’ dan menayangkan video perayaan yang diraikan
di Malaysia secara ringkas.
Langkah
terakhir sekali bagi P&P adalah penutup bagi sesi pengajaran pada hari
tersebut. Pada sesi ini, murid dan guru akan bersoaljawab unutk mengukuhkan
lagi kefahaman murid. Pada sesi ini juga guru menggabungkan kemahiran
bertutur dan mendengar serta
menggabungkan mata pelajaran lain itu muzik dalam Bahasa Melayu untuk
memantapkan lagi pengetahuan murid dan menjadikan sesi P&P lebih menarik.
4.0 REFLEKSI
Semasa pengajaran dan pembelajaran
dilakukan pada masa set induksi, murid dilihat begitu aktif memerhati dan
meneliti kad gampar yang telah ditampal di papan hitam. Apabila ditanya soalan
mengenai apa yang mereka lihat, murid – murid memberi respon yang cukup baik
meskipun jawapan yang diberikan berbeza – beza. Contohnya, terdapat murid yang
menjawab Sambutan Hari raya, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina dimana jawapannya
lebih berbentuk khusus. Oleh itu, saya telah menerangkan kepada murid – murid
bahawa pelajaran pada hari ini adalah mengenai perayaan – perayaan yang
terdapat di Malaysia. Namun begitu, apabila ditayangkan gambar perayaan di
Sarawak dan Sabah, murid tidak dapat meneka perayaan yang diraikan oleh suku
kaum di Sabah dan Sarawak. Ini menunjukkan bahawa murid – murid belum lagi
didedahkan dengan perayaan lain yang disambut di Malaysia selain tiga perayaan
terbesar yang disambut oleh tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina
dan India.
Selain itu, apabila ditanya mengenai
pengalaman murid – murid ketika menyambut perayaan, kebanyakan mereka memberi
respon ketika menyambut perayaan Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban kerana
majoriti penduduk di kawasan ini adalah kaum Melayu sahaja dan mereka tidak
terdedah dengan perayaan lain seperti Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali yang
disambut meriah oleh pelbagai kaum di kawasan Bandar seperti di Kuala Lumpur,
Ipoh, Kuantan dan sebagainya. Namun begitu, terdapat murid yang boleh memberi
respon megenai perayaan lain seperti Tahun Baru Cina dimana tarian naga
dimainkan setiap kali kaum kedua terbesar di Malaysia ini menyambut perayaan
mereka.
Walau bagaimanapun, ketika set
induksi berjalan, terdapat beberapa orang pelajar yang pasif dan tidak begitu
responsif ketika saya bertanyakan soalan kepada mereka. Dua keadaan yang
mungkin berlaku sama ada mereka ini tidak mempunyai pengetahuan yang baik
mengenai perayaan atau malu untuk menyuarakan pendapatnya. Oleh itu, saya perlu
lebih peka dan mengatasi sikap pasif murid - murid ini supaya lebih
berinteraksi semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan pada masa akan
datang.
Pada sesi pembacaan dijalankan, saya
telah memilih beberapa orang murid untuk membaca teks petikan yang dipaparkan.
Terdapat murid yang boleh membaca dengan lancar beserta sebutan dan intonansi
bacaan yang betul. Namun begitu, masih terdapat beberapa orang murid yang masih
lagi berada pada tahap yang lemah kerana tahap pembacaannya yang tidak lancar
dan sebutan serta intonansinya yang tidak tepat. Oleh itu, perhatian lebih
perlu diberikan kepada murid – murid ini kerana mereka juga tidak begitu aktif
sewaktu sesi soal jawab berlangsung. Mereka lebih gemar untuk berdiam diri dari
menyuarakan pendapat mereka. Bagi mengatasi masalah ini, saya lebih gemar
menanyakan sendiri soalan kepada mereka meskipun mereka hanya bangun dan
berdiam diri. Namun begitu, ada juga yang cuba memberikan jawapan kepada soalan
yang diberikan.
Semasa sesi perbincangan didalam
kumpulan,saya dapat lihat setiap kumpulan mempunyai pelajar yang pasif dimana
dia hanya berdiam diri dan tidak cuba untuk menyumbangkan idea kepada ahli
kumpulannya yang lain. Namun begitu, dilihat ramai pelajar begitu teruja
apabila melakukan kerja secara berkumpulan dan mereka sentiasa berinteraksi
diantara satu sama lain bagi menyuarakan pendapat masing – masing. Ini
menggalakkan komunikasi yang lebih berkesan kerana murid tidak hanya menerima
input dari guru tetapi juga dari rakan – rakan. Namun begitu, saya perlu lebih
peka dan mengawal keadaan kelas dengan lebih baik kerana terdapat juga pelajar
yang mengganggu rakan –rakannya dan menjadikan kelas sedikit bising tetapi
masih dalam keadaan yang terkawal.
Saya lebih gemar memberi pendedahan
kepada pelajar untuk melakukan pembentangan dihadapan murid – murid yang lain.
Ini bertujuan untuk melatih pelajar supaya dapat meningkatkan estem diri dan
keyakinan untuk berhadapan dikalayak ramai. Selain itu, ini juga dapat
membentuk diri pelajar untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan saya
dapat melihat beberapa orang pelajar yang mempunyai kualiti sebagai pemimpin.
Tajuk perayaan yang saya pilih amat
diuminati pelajar kerana mereka menunjukkan minat untuk berinteraksi kerana
pengetahuan mereka mengenai perayaan dan pengalaman mereka yang menarik ketika
menyambut perayaan yang tiba. Meskipun mereka lebih gemar bercerita pengalaman
mereka berbanding pengetahuan mereka mengenai perayaan yang diraikan di
Malaysia, respon yang diberikan amat menggalakkan dan menjadikan pengajaran dan
pembelajaran yang sedang berlangsung amat menarik.
Untuk penbahagian kumpulan pula,
saya lebih gemar meggunakan undian meskipun saya boleh memilih ahli bagi setiap
kumpulan. Namun untuk berlaku adil, saya menggunakan undian bagi mengelakkan
rasa tidak puas hati dikalangan pelajar dengan ahli kumpulan yang dipilih oleh
saya. Meskipun secara undian, masih terdapat pelajar yang tidak berpuas hati
namun saya lebih gemar menyatakan kepada pelajar bahawa kerja berkumpulan akan
mendapat hasil yang baik sekiranya pelajar menerima kelemahan dan kekuatan
seseorang. Apa yang saya perjelaskan kepada pelajar adalah nilai “berat sama
dijunjung, ringan sama dijinjing”. Pelajar yang lemah perlu dibimbing oleh
rakan kumpulannya yang mempunyai tahap pengetahuan yang lebih tinggi.
Semasa sesi penulisan esei, saya
telah memecahkan latihan kepada dua bahagian dimana pelajar yang pintar dan
sederhana, mereka perlu menulis esei pendek mengenai perbezaan perayaan di
Malaysia manakala pelajar yang lemah, mereka perlu mengisi tempat kosong pada
petikan teks yang disediakan oleh guru dengan perkataan yang sesuai. Pelajar
yang sederhana mendapat bimbingan dari guru untuk menulis esei pendek mereka
supaya mereka dapat menjana idea dan memperkembangkan idea tersebut. Bagi
pelajar yang lemah, masih ada terdapat beberapa pelajar yang tidak dapat
mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul. Mungkin kerana petikan itu
sedikit sukar kepada mereka dan saya akan cuba menggunakan petikan yang lebih mudah
dan sesuai dengan tahap murid yang lemah.
Akhir sekali, melalui karangan
pendek yang ditulis oleh pelajar, saya dapati murid memahami tajuk yang diajar
pada hari ini dengan baik dan mendapat pengetahuan yang baru mengenai perayaan
yang lain yang terdapat di Malaysia seperti perayaan yang diraikan di Sabah dan
Sarawak. Oleh itu, objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari ini telah
tercapai berdasarkan hasil output yang dilahirkan oleh pelajar menerusi
penulisan esei pendek dan mengisi tempat kosong bagi pelajar yang lemah.
4.1 Cadangan untuk Penambahbaikan
Meskipun
objektif pengajaran pada hari ini telah tercapai, namun masih terdapat beberapa
perkara yang perlu diberi perhatian untuk memantapkan lagi pengajaran yang akan
datang.
i.
Pengurusan
masa
Bagi
memastikan pengajaran lebih sempurna, pengurusan masa amat penting dan perlu
dititikberatkan oleh guru. Ini kerana tanpa pengurusan masa yang sistematik,
P&P yang dijalankan mungkin akan berakhir dengan penyudah yang tidak
sempurna kerana guru terpaksa mengejar masa bagi memastikan objektif P&P
dicapai.
ii.
Pembahagian
kumpulan
Setiap
kumpulan perlu dibahagikan sama rata dari segi kebolehan dan tahap pencapaian
mereka. Kepelbagaian tahap dalam satu kumpulan dapat memberi dorongan kepada
pelajar yang lemah dengan bantuan dari rakan –rakannya yang lain. Pembahagian
yang tidak seimbang akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan murid
meskipun guru menggunakan system undian kerana terdapat kumpulan yang mempunyai
bilangan ahli yang lemah lebih ramai bebanding kumpulan lain yang mempunyai
ahli – ahlinya yang pintar.
iii.
Bilangan
aktiviti yang dilakukan
Aktiviti
yang terlalu banyak boleh menghilangkan daya saing diantara murid kerana murid
tidak terkejar untuk mengikuti pengajaran guru kerana waktu yang terhad. Oleh
itu, aktiviti yang dirancang perlulah bersesuaian dengan tahap murid serta
boleh diikuti oleh semua murid termasuk golongan murid yang lemah.
iv.
Latihan
yang bersesuaian
Latihan
atau latihtubi yang diberikan untuk menguji tahap kefahaman murid perlu
mengikut tahap pencapaian murid kerana soalan yang terlalu sukar akan
menyukarkan lagi murid untuk memahami tajuk yang diajar oleh guru. Oleh itu,
setiap latihan yang diberikan perlu memenuhi keperluan setiap murid dari yang
pintar, sederhana dan lemah. Kepelbagaian bahan kerja dapat membantu guru
mencapai objektif yang disasarkan dengan lebih mudah dan efektif.
4.3 Rumusan
Menghasilkan sebuah pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah adalah mudah bagi seorang guru tetapi
untuk menghasilkan P&P yang terbaik adalah sukar sekiranya tiada
perancangan dan penyusunan secara sistematik. Oleh itu, penggabungan pelbagai
kemahiran dalam mata pelajaran yang sama (bahasa), menggabungkan mata pelajaran
lain (contoh: muzik, pendidikan seni, pendidikan Jasmani) dengan bahasa serta
penggabungan merentasi kurikulum amat penting untuk menjadikan sesuatu
pelajaran lebih berkesan, menarik dan efektif. Oleh itu, pembelajaran dapat berlangsung
dengan menarik dan guru dapat menarik minat murid untuk mengikuti P&P tanpa
rasa jemu dan bosan.
Terdapat empat peranan guru bahasa
Melayu bagi memastikan murid memperolehi P&P yang terbaik iaitu sebagai
perancang pengajaran dan pembelajaran, penggerak dan pendorong pengajaran dan
pembelajaran, pembimbing murid, dan pemupuk semangat dan pembentuk sahsiah
murid (Ab. Rahman, 1997).
5.0 BIBLIOGRAFI
1. Dr
Ali Mahmood, (2007). HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu.Fakuti
Pendidikan dan Bahasa. Open University
Malaysia
2. Juriah
Long, (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Sulaiman
Masri, Ab Yusof, mohd Ra’in Shaari.(2006). Demensi pengajaran dan
Pembelajaran. Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd.
4. Pengajian
dan pengurusan kurikulum seni visual KBSR. Retrieved from http://www.slideshare.net/syireen/konsep-5p
8. Maksud
Penggabungjalinan. Retrieved from http://miewann673.blogspot.com/2011/10/maksud-penggabungjalinan.html
|
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Mata
Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Arif
Bilangan
Murid : 32 Orang
Tema : Kebudayaan
Tajuk : Perayaan di Malaysia
Tarikh : 12 Oktober 2011
Masa : 60 minit
Objektif : Pada akhir pelajaran,
murid dapat;
i.
Murid dapat menyatakan
tentang pengalaman mereka menyambut perayaan dan menyaksikan perayaan –
perayaan yang disambut di Malaysia secara lisan.
ii.
Membaca dan menyatakan
lima isi penting secara lisan mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia.
iii.
Murid dapat menulis
karangan pendek mengenai pengalaman mereka menyambut perayaan masing – masing
dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.
Hasil Pembelajaran :1.1 berbual
tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan
seharian
dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang
sesuai.
Aras
1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan
menggunakan bahasa yang sesuai.
5.1 Membaca
kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami
petikan yang dibaca.
Aras
2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi
berdasarkan tanda baca.
8.2 Membina
dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang
sesuatu tajuk.
Aras
3 (i) menyediakan perenggan dengasn menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk
berdasarkan tajuk yang diberikan.
Kemahiran
Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan
Intonansi.
Ilmu : Bahasa Melayu, Kebudayaan
Nilai : Kesenian, menghayati, menghormati dan
menghargai.
Kemahiran
Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : Membuat
perbezaan, meembuat inferens dan kemahiran
mengkategori.
Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan
Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan
emosi.
Pengetahuan
Sedia Ada: Murid dapat menceritakan
pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai perayaan yang
terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan membina ayat dengan
menggunakan ayat mudah.
Bahan
Bantu Belajar : Power point, kad gambar, kad bacaan, buku latihan dan alat
tulis.
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Guru menampal beberapa keping gambar yang
berkaitan dengan jenis – jenis perayaan yang terdapat di Malaysia.
|
Set Induksi (5 minit)
i) murid diminta untuk melihat gambar yang
dipaparkan dan menghayatinya.
ii) murid diminta membezakan jenis perayaan
mengikut kaum di Malaysia dan menceritakan pengalaman mereka.
iii) guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk
pengajaran yang akan diajari pada hari itu.
|
KB :
menghubungkait, inferens
BCB : meneliti dengan aktif
BBB : kad gambar dank ad perkataan
|
Guru memberi teks cerita yang bertajuk “Perayaan
Di Malaysia” melalui power point.
|
Langkah 1 (15 minit)
i) murid dikehendaki untuk mengelik salah satu
pautan yang disediakan.
ii)murid diminta membaca petikan itu secara
individu dengan kuat dan mengikut intonansi serta gaya yang betul.
iii) murid – murid yang lain dikehendaki mendengar
dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut.
iv) kemudian guru menanyakan soalan kepada murid
berkaitan dengan petikan tersebut.
|
KB :
memebuat inferens
BCB : i) membaca dengan intonansi yang betul.
ii) mendengar
dengan aktif.
BBB : teks cerita, power point
|
Guru mengadakan perbincangan kumpulan antara murid
– murid dan melakukan pembentangan melalui power point.
|
Langkah 2 (15 minit)
i) murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
ii) murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan
membuat perbincangan.
iii) murid di kehendaki membentangkan perbezaan
antara perayaan yang terdapat di Malaysia dan membandingkan dengan
pengetahuan dan pengalaman mereka.
iv) setiap kumpulan diberi masa selama 10 minit
untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
v) Kemudian kumpulan akan membentangkan hasil
tugasan mereka.
vi) Kumpulan yang berjaya menyiapkan tugasan
dengan hasil kupasan dan pembentangan yang baik akan menerima ganjaran.
vii) Guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan
tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka.
|
KB :
menghubungkaitkan, menjana idea
BCB : memproses maklumat dan melaporkan maklumat.
KP :
verbal linguistic, visual, intrapersonal, interpersonal
Nilai : kerjasama, hormat- menghormati
BBB : power point
|
Guru memberi latihan kepada murid – murid.
Aktiviti Penggayaan :
Menulis karangan pendek berdasarkan tajuk yang
diberi.
Aktiviti Pemulihan:
Menyudahkan petikan yang diberikan dengan mengisi
tempat kosong.
|
Langkah 3 (20 minit)
i) guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid
sekiranya mereka masih tidak memahami tajuk pengajaran pada hari tersebut.
ii) guru memberikan latihan kepada murid iaitu
membuat karangan pendek mengenai perbezaan perayaan di Malaysia.
iii) guru membimbing kumpulan murid yang
memerlukan pemulihan dengan menyediakan teks cerita yang perlu dilengkapkan
dengan mengisi tempat kosong.
|
KB :
menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens.
BCB : mengumpul, memeproses, mencatat dan
melaporkan maklumat.
KP :
intrapersonal, interpersonal, visual, verbal – linguistik.
Nilai : bekerjasama, menghargai.
BBB : kertas latihan
|
Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang
telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah
pelajari.
Guru juga menanyakan nilai – nilai murni yang
terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
|
Penutup (5 minit)
i) murid digalakkan supaya mengumpul maklumat
tambahan daripada bahan – bahan yang lain bagi menambahkan pengetahuan
mereka.
ii) iii. Guru
memainkan lagu ‘Selamat Hari Raya’ dan menayangkan video perayaan yang
diraikan di Malaysia secara ringkas.
iii) murid juga menyatakan nilai – nilai murni
yang telah dipelajari pada hari tersebut.
Nilai – nilai murni :
-
Menghargai
-
Bersyukur
-
Menghormati
-
Bekerjasama
|
|
No comments:
Post a Comment